Home » » Mari Bersenam: Amalkan Gaya Hidup Sihat

Mari Bersenam: Amalkan Gaya Hidup Sihat

Isu kegemukan sejak dari dulu lagi menjadi topik perbualan. Namun, jika dulu, masalah kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa, kini masalah sama dihadapi kanak-kanak dan ia bukanlah dianggap berita baik.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan masalah kegemukan di kalangan kanak- kanak seperti gaya hidup dan pemakanan tidak terkawal. Namun, lumrah, ramai ibu bapa gembira melihat anakanak mereka gemuk kerana dianggap comel. Lalu diberi kasih sayang sepenuhnya termasuk keperluan lain seperti makanan dan minuman.


Namun, perlu diingat, gaya hidup seperti itu andai diteruskan hingga dewasa, bakal mengundang masalah seperti mudah mendapat penyakit selain faktor rasa rendah diri akibat obesiti.

Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri.

Dalam menangani isu kegemukan, faktor yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak.

Jika sudah dewasa, dikhuatiri anak anda yang sudah terbiasa dengan pemakanan dan berat badannya, berasa ingin berubah dan melakukan senaman.

Sehubungan itu, didikan dan rangsangan sejak dari kecil sangat digalakkan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi panduan mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan kepada anak mereka.

Mari kita lihat beberapa tip untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat yang dikongsi bersama jurulatih kecergasan, Mohd Hoesni Rahmat :

INFO

1. Didik mereka supaya memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak anda betapa pentingnya menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh.

3. Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman.

4. Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara.

5. Mencari satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.

6. Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan.

7. Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak. Namun sebagai ibu bapa, perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini.

8. Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda.



 
Chatroom