Manfaat yogurt
Tahukah anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.
Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.
Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.
Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.
Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.
Untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu anda merasakan nikmat kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari.
Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain. Sesuai untuk semua peringkat usia, Marigold mempromosikan minuman yogurt tanpa lemak dan lebih menarik, usaha itu juga bertujuan mendidik pengguna untuk mencintai alam sekitar.
Minuman yogurt Marigold dibungkus menggunakan kotak kitar semula baik untuk kesihatan dan alam sekitar.
Timbalan Pengurus Besar Marigold, Michael Ong, berkata pembungkusan yang boleh dikitar semula itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan memastikan kesejahteraan alam sekitar.
"Kami menggunakan pembungkusan yang boleh dikitar semula kerana ia adalah antara matlamat kami ketika mencipta minuman yogurt tanpa lemak, minuman yogurt yang baik untuk kesihatan dan pada masa yang sama, mendidik pengguna untuk menjadi pencinta alam sekitar dan mengamalkan kehidupan penuh dengan mesra alam," katanya.
Oleh Nurulhuda Zulkifli