Oleh MOHD. NAHAR MOHD ARSHAD
GENERASI digital atau generasi Y merupakan mereka yang sedang meningkat remaja sekarang. Meskipun tiada satu definisi tetap untuk generasi ini, namun menurut satu rujukan, mereka merupakan kumpulan yang dilahirkan dari tahun 1980 sehinggalah sekarang.
Generasi ini unik kerana mereka merupakan entiti yang hidup di dunia realiti dan menjalankan peranan aktif dalam dunia siber.
Satu kebimbangan wujud terhadap psikologi dan corak kehidupan generasi ini. Ini kerana mereka merupakan generasi yang paling terdedah dengan dunia digital.
Golongan remaja sekarang merupakan generasi pertama seumpamanya yang membesar dan dibesarkan dalam dunia digital. Komputer, televisyen, permainan video, Internet, telefon bimbit dan segala macam peralatan digital dan telekomunikasi menjadi sebahagian dari dunia mereka.
Berikutan betapa besarnya peranan digital dan telekomunikasi dalam generasi ini, persoalan berkaitan cara mereka berfikir, belajar, bertindak dan berinteraksi semakin menjadi perhatian. Hakikatnya, sememangnya terdapat jurang perbezaan antara generasi Y dan generasi sebelumnya. Apakah implikasi yang akan terbit daripada kesemua ini terutamanya terhadap isu nilai dalam sesebuah masyarakat?
Salah satu kesan yang paling membimbangkan ialah dari aspek mental akibat daripada masalah kemurungan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan sehingga tahun 2020, masalah berkaitan mental akan menjadi masalah kedua terbesar yang mengakibatkan ketidakupayaan seseorang.
Antara puncanya ialah akibat pendedahan keterlaluan terhadap dunia digital sehingga seseorang itu tidak lagi berpijak di bumi nyata atau dunia realiti yang sebenar.
Satu kajian menganggarkan bahawa anak-anak remaja menghabiskan selama 40 jam seminggu di hadapan peralatan digital seperti komputer, televisyen, telefon bimbit dan iPod. Pasti semua ini ada kesan positif dan negatifnya terhadap diri dan kehidupan mereka.
Menjejaskan
Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin komputer dan televisyen selain menjejaskan pertimbangan mental, juga membawa kepada obesiti, dan penyakit antisosial yang meruncing.
Justeru, istirahat dan riadah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Seseorang perlu mencari masa untuk ‘sedar’ dan seterusnya menghayati kewujudan alam realiti sebenarnya.
Bagi mencari keseimbangan, terdapat beberapa perkara yang dapat kita lakukan. Membaca al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w adalah terapi terbaik.
Selain itu, menutup televisyen dan komputer pada jam-jam tertentu dan ‘mendengarkan’ kesunyian adalah satu kaedah yang boleh dicuba. Meninggalkan telefon bimbit apabila menghadiri majlis-majlis agama atau sosial juga merupakan tertib yang patut diambil berat.
Alangkah kurang bertimbang rasanya apabila telefon bimbit berbunyi tatkala khatib sedang berkhutbah atau jemaah sedang bersembahyang. Fikirkanlah!
Kadangkala, mengasingkan diri daripada radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit untuk satu hari tertentu boleh menjadikan hidup kita lebih bermakna.
Untuk mencapai keseimbangan ini, perhatian serius ibu bapa, pendidik dan masyarakat amatlah penting. Kita tidak seharusnya membiarkan generasi muda kita khayal dan leka serta terlalu tertumpu pada dunia virtual sahaja. Mereka juga perlu dididik tentang tatacara hidup di alam realiti.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
Ulasan yang bernas. Kita sebagai ibubapa akan bimbang bila meneliti perkembangan zaman sains dan teknologi ni. semuanya berada di hujung cari.
Pergaualan dengan rakan-rakan maya yang kita sendiri pun susah nak bendung. ini menyukarkan ibubapa menegenalpasti kawan2 anak-anak sendiri.
Ini berbeza di zaman yang lalu. apapun kita haruslah bijak mengawal dan mengenalpasti tingkahlaku anak-anak sendiri. Jika perilaku berlainan dari biasa, maka kita haruslah cepat menyelidik serta berdamping dengan mereka untuk mengetahui perkara sebenar.
Catat Ulasan