Budaya makan keterlaluan dan tanpa mengira waktu menjadi punca pelbagai penyakit termasuk kegemukan atau obesiti di kalangan rakyat Malaysia.
Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, kebanyakan rakyat negara ini kurang berdisiplin dalam soal pemakanan seperti makan makanan yang digemari secara berlebihan dan tidak peduli jika mengambilnya sebelum tidur.
‘‘Mereka makan pada waktu malam, sebagai contoh pada pukul 11 atau 12 malam dan selepas itu terus tidur.
‘‘Bagi penggemar roti canai atau nasi lemak pula makan tidak kira pagi atau malam, sampai 10 kali seminggu sedangkan itu tidak baik untuk kesihatan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
E Siong berkata, budaya pemakanan seperti itu mengundang implikasi tidak baik kepada tubuh manusia.
Menurutnya, makan sebelum tidur menyukarkan proses penghadaman dan makanan akan disimpan menjadi lemak dalam tubuh badan.
‘‘Makan perlu berdisiplin, tidak salah sekiranya roti canai atau nasi lemak diganti dengan bubur sekali-sekala,’’ jelasnya.
Selain itu, beliau mengaitkan Jepun dan Korea sebagai contoh negara yang maju dan rendah masalah kegemukan di kalangan rakyatnya.
Menurutnya, budaya pemakanan masyarakat negara itu lebih berdisiplin serta tidak keterlaluan kerana tahap pengetahuan mereka yang tinggi mengenai aspek kesihatan pemakanan.
‘‘Kebanyakan mereka makan makanan yang direbus, sayur-sayuran dan rendah lemak serta mempunyai waktu makan yang teratur.
‘‘Di sini, kita gemar masakan bersantan, bergoreng, ditambah pula merokok, kurang senaman dan makan tak kira waktu,’’ katanya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Kamaruddin Mohd. Said berkata, budaya pemakanan di kalangan rakyat Malaysia perlu diubah bagi menggalakkan gaya hidup yang sihat.
Menurutnya, masyarakat masih kurang berdisiplin serta mempunyai sikap yang terlalu obses terhadap sesuatu makanan.
‘‘Generasi baru di Jepun dan Korea lebih tinggi dari generasi lama kerana mereka telah lama berubah kepada makanan yang lebih berprotein.
‘‘Kita di sini pula kalau suka suatu makanan, makan sebanyak mungkin apatah lagi bila tiba musim perayaan,’’ katanya.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan