Home » » Berat manusia tergemuk di dunia berkurangan

Berat manusia tergemuk di dunia berkurangan


BERAT Uribe pernah mencapai 570 kilogram sebelum dia berjaya mengurangkan sehingga 254 kilogram.

LONDON – Manusia paling gemuk di dunia, Manuel Uribe berjaya mengurangkan 254 kilogram berat badannya dengan mengamalkan diet kalori rendah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada satu masa, berat Uribe adalah 570 kilogram setelah dia makan makanan ringan secara berlebihan selama 14 tahun.

Bekas mekanik berumur 42 tahun itu pernah terlantar di atas katil selama enam tahun sambil memakan burger, piza dan minuman bergas.

Uribe belajar daripada kesilapannya setelah kulitnya melecet dan berkudis sehingga terpaksa dibalut dengan pita pelekat untuk mengelak dijangkiti kuman.

Dia kini bertekad untuk mencapai berat ideal 99.7 kilogram menerusi diet ketat yang hanya membolehkan dia makan sup ikan, sebiji limau, separuh epal dan 18 biji kacang tanah.

“Saya rasa hebat. Doktor memberitahu bahawa saya sangat sihat berbanding dulu.

“Ramai orang yang berpendapat bahawa saya boleh memakan seekor lembu tetapi kegemukan saya bukan disebabkan terlebih makan tetapi ia sebenarnya adalah masalah hormon,” kata Urbie. – Agensi



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom