Home » » Nyah lemak dengan lipoSelection

Nyah lemak dengan lipoSelection


Oleh Siti Nur Almizan Aripin

PERUBAHAN ketara dapat dilihat pada pesakit hanya selepas sepuluh hari rawatan dijalankan.

Teknologi getaran ultrasound kaedah terbaik dapatkan bentuk badan sempurna

BANYAK testimonial yang memaparkan keberkesanan pelbagai kaedah menguruskan badan melalui laporan media namun hati tetap sangsi. Pelbagai soalan timbul. Ada yang tertanya-tanya benarkah lemak degil begitu senang dihapuskan? Jika berjaya, kulit tentu kelihatan kendur dan menggeleber.

Bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu, satu kaedah membuang lebihan lemak yang tidak diperlukan dalam jangka masa yang singkat tanpa meninggalkan sebarang kesan menggeleber mula diperkenalkan di negara ini khusus untuk individu yang mengalami masalah 3G (gemuk, gempal dan gebu).

Pakar Kulit dari Klinik Pakar Kulit Ko Sdn Bhd di Klang, Selangor, Dr Ko Chung Beng, berkata kaedah menyingkirkan sel lemak menggunakan alat berteknologi tinggi itu dipanggil lipoSelection.

Bagaimanapun, katanya masih ramai yang tidak menyedari kewujudan dan keberkesanan rawatan lipoSelection.

Katanya, lipoSelection adalah kaedah terbaik mendapatkan bentuk badan sempurna dalam tempoh yang singkat malah ia juga tidak menyakitkan. Alat berkenaan boleh diaplikasi pada semua bahagian badan termasuk perut, punggung, pinggul, lengan atau muka.

“LipoSelection menggunakan teknologi getaran ultrasound dari Amerika Syarikat tidak berbahaya dan hanya bertindak terhadap sel lemak saja, berbeza dengan liposuction yang berpotensi merosakkan tisu serta sel lain dalam badan.

“Alat yang digunakan untuk menghasilkan getaran dan mengeluarkan cecair lemak itu juga amat kecil, bersaiz diameter empat milimeter (mm) saja menyebabkan pesakit tidak berasa sakit ketika prosedur rawatan dibuat. Malah, ia tidak meninggalkan kesan parut yang jelas,” katanya.

Dr Ko berkata, rawatan ini direka khusus untuk wanita yang ingin tampil cantik dengan bentuk badan menawan. Namun, lelaki yang mementingkan kesihatan dan ketrampilan diri juga digalakkan menjalani lipoSelection.

Katanya, lipoSelection mampu mengembalikan bentuk badan pesakit malah mereka yang mengalami masalah perut buncit, dagu berlapis, lengan menggeleber atau berat badan berlebihan boleh mencuba rawatan itu. Ada lelaki yang hilang keyakinan diri akibat masalah timbunan lemak di payu dara atau perut buncit melakukan lipoSelection dan kini mampu tersenyum melihat perubahan diri yang ketara.

“Ramai yang pernah membuat lipoSelection menyifatkan ia seperti magis. Ia sangat mudah dan efektif. Pilih saja lemak pada bahagian mana yang anda tidak mahu, ia pasti boleh disingkirkan.

“Bagaimanapun, sebelum ia dilakukan, pesakit perlu menjalani pemeriksaan bagi mengenalpasti tahap kesihatan mereka. Biasanya pesakit yang mengalami masalah jantung, darah tinggi atau diabetes perlu menjalani pemeriksaan rapi bagi mengelakkan berlaku komplikasi ketika rawatan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, tahap kolesterol dan ketebalan lemak di kawasan yang ingin dirawat juga diukur. Kandungan lemak yang disedut keluar juga ada hadnya iaitu berdasarkan berat badan unggul (BMI) pesakit,” katanya.

Pesakit juga akan dibekalkan ubat khas untuk mencairkan lemak yang menyaluti organ dalam badan.

Selepas menjalani rawatan lipoSelection, pesakit biasanya akan berasa tidak selesa pada bahagian yang dirawat tapi keadaan itu normal. Bagi mengembalikan tahap kecergasan seperti biasa, pesakit dinasihatkan berehat selama satu hingga tiga hari sebelum memulakan aktiviti harian seperti biasa.

Kos rawatan bergantung pada kawasan dan kuantiti lemak yang ingin dibuang.

Dr Ko berkata, walaupun kosnya agak tinggi berbanding kaedah lain namun keberkesanannya terjamin.

“Ketika rawatan dibuat, sel lemak yang musnah akan disingkirkan. Keadaan itu mengakibatkan pesakit sukar untuk kembali gemuk walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.

"Bagaimanapun, selepas mendapat bentuk badan yang diinginkan, pesakit biasanya akan lebih yakin dan akan terus berusaha mengekalkan bentuk badan normal," katanya.


Prosedur rawatan

Penerangan dan rundingan mengenai kaedah rawatan akan diberikan oleh doktor bagi mengenalpasti sama ada ia sesuai atau tidak dengan pesakit.

Selepas bahagian tubuh yang ingin dibentuk dipilih, pesakit diberi pilihan sama ada inginkan bius am (sejam hingga dua jam) atau pelali ketika prosedur lipoSelection dibuat. Tujuannya untuk mengurangkan rasa sakit ketika rawatan dibuat.

Kemudian bahagian yang ingin dibentuk disapu sejenis cecair khas untuk meneutralkan dan mengecutkan salur darah di kawasan berkenaan (mengurangkan risiko pendarahan dan mengurangkan lebam).

Sejenis alat dimasukkan ke dalam lubang bersaiz 4 mm dan getaran ultrasound dikenakan bagi memusnahkan dan menyingkirkan sel lemak.

Lemak yang cair akan disedut keluar secara perlahan-lahan bagi mengurangkan kesakitan dan kerosakan tisu pada tubuh.



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam..kt mana sy boleh dptkn perkhidmatan lipo selection ini? adakah terapi ini sama dgn proses penyedutan lemak? please tell me.. man_rxz86@yahoo.com.my

Unknown berkata...

Price

Catat Ulasan

 
Chatroom