Home » Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun. – Utusan.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom