Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.
Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.
Kesihatan jantung tidak boleh dipandang remeh. Apabila satu atau lebih arteri koronari menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol dan bahan-bahan lain pada dinding salur darah dan membentuk plak, ia akan menjejaskan aliran darah ke otot jantung. Kejadian plak akan menyempit dan mengeraskan salur darah. Proses ini dipanggil aterosklerosis atau pengerasan arteri.
Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung. Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.
Memandangkan kebaikan inilah kita dicadangkan mengambil ikan sebagai hidangan terutama ikan berlemak daripada perairan sejuk. Persatuan jantung Amerika mencadangkan pengambilan asid lemak omega-3, sama ada di kalangan mereka yang menghidap penyakit jantung koronari dan juga mereka yang normal.
Penghidap penyakit jantung koronari disarankan mengambil sekitar 1,000mg asid lemak omega-3 sehari, manakala The International Society for Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) mencadangkan pengambilan sekitar 650mg omega-3 sehari untuk pengekalan kesihatan.
Kajian yang dibuat pada 1992 menunjukkan pengambilan sebanyak 1800mg EPA dan 2200 mg DHA diperlukan untuk mereka yang mempunyai paras trigliserida yang tinggi.
Masalah keradangan
Artritis merupakan masalah keradangan sendi dan mungkin juga menjadi simptom kepada masalah kesihatan lain. Banyak jenis artritis yang boleh berlaku, tetapi yang paling lazim adalah osteoartritis, reumatoid artritis dan gout.
Beberapa kajian merumuskan suplemen minyak ikan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada terapi artritis. Asid lemak omega-3 juga menghalang aktiviti enzim aggrecanases yang memecah rawan sendi. Penghidap artritis juga didapati mempunyai profil asid lemak yang tidak normal dan kurang dalam sesetengah asid lemak perlu.
Pengambilan asid lemak omega-3 iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosahesenoik (DHA) boleh membantu memandangkan ia terbabit dalam pengurangan keradangan. Omega-3 menghasilkan perubahan yang baik dalam merencatkan penghasilan kompaun keradangan yang dirembeskan oleh sel darah putih.
Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet, jurnal perubatan mencadangkan kemerosotan sendi yang berkaitan dengan artritis boleh diperlahankan dengan pengambilan suplemen. Ia menjelaskan mengapa suplemen seperti minyak evening primrose dan minyak ikan dalam nisbah 4:1 bermanfaat untuk merawat artritis.
Asid lemak perlu terutama EPA adalah penting untuk psoriasis (penyakit kulit kronik dengan tompok-tompok gatal, bersisik dan kemerahan). EPA merencatkan penghasilan leukotriene (agen keradangan poten) daripada asid arakidonik.
Perubahan positif di kalangan penghidap psoriasis boleh dilihat dengan pengambilan omega-3 yang membantu dalam pengurangan penghasilan leukotriene yang meningkatkan pergandaan sel dan penghasilannya yang lebih tinggi di kalangan penghidap psoriasis.
Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak perlu, dengan itu kita perlu mendapatkannya melalui diet dan pengambilan suplemen. Asid lemak perlu (EFAs) yang terdiri daripada omega-6 dan omega-3 adalah nutrien penting dan mempunyai agen antikeradangan. Konsentrasi EPA dan DHA yang tinggi lazimnya menjadi pilihan untuk memenuhi dos yang diperlukan serta memudahkan pengambilan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE (Isnin-Jumaat, 9am-6pm) di talian 03-78436981 (Semenanjung Malaysia), 082-241820 (Sarawak), 088-230148 (Sabah) atau e-mel kami di health@biolife.com.my.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
Salam perkenalan .. Suka baca blog ni byk info ...
Catat Ulasan