Home » » Kurus kerana tekanan hidup

Kurus kerana tekanan hidup



Selebriti terkenal, Daphne Iking semakin kurus.

"Kurus saya bersebab. Saya akui masalah rumah tangga merupakan salah satu penyebab mengapa tubuh saya kurus begini.

"Tetapi, bukan kerana itu sahaja sebaliknya saya sibuk dengan kerja-kerja saya yang tiada kesudahan," katanya membuka bicara dalam nada yang cukup tenang.

Tanpa selindung, Daphne memberitahu, dia sudah berpisah dengan suaminya, Ryan Chong sejak setahun setengah yang lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 Januari 2007 dan dikurniakan seorang puteri comel, Isobel Daniella yang sudah pun berusia dua tahun pada 26 November lalu.

Sebelum ini, media sudah menghidu tentang pergolakan rumah tangganya. Namun Daphne menafikan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai asam garam dalam dunia perkahwinan.

Riak wajahnya langsung tidak menggambarkan sebarang penyesalan mahupun kesedihan kerana bagi Daphne, apa yang berlaku adalah suratan takdir.

Enggan mengulas lanjut mengenai perpisahan itu, apa yang penting buat Daphne kini adalah tumpuan terhadap karier seninya dan memikirkan soal masa depan anak tunggalnya.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom