Home » » Wanita gemuk tak dapat hidup sihat pada usia emas

Wanita gemuk tak dapat hidup sihat pada usia emas

Satu kajian terbaru mendapati wanita yang gemuk ketika usia pertengahan mungkin akan mengurangkan sehingga 80 peratus peluang untuk terus menikmati hidup sihat di usia emas.

Penyelidik Amerika Syarikat menjalankan pemantauan terhadap lebih 17,000 jururawat wanita berusia purata 50 tahun di negara itu. Wanita terbabit berada dalam keadaan sihat apabila kajian bermula pada 1976. Penyelidik kemudian memantau berat badan mereka selain perubahan kesihatan lain setiap dua tahun sehingga tahun 2000.

Bagi setiap satu mata peningkatan dalam Indeks Jisim Badan (BMI) mereka, wanita mempunyai kurang 12 peratus peluang untuk hidup sehingga usia 70 tahun dalam keadaan sihat berbanding wanita kurus.

Penyelidik mendefinisikan kehidupan sihat bukan hanya bebas dari penyakit kronik tetapi juga mempunyai keupayaan mental dan fizikal yang cukup untuk menjalankan tugasan harian seperti membeli barangan runcit, membersih rumah dan berjalan menaiki tangga.

Pakar menyifatkan mereka dengan BMI antara 19-25 sebagai sihat manakala mereka dengan 25 hingga 30 adalah disifatkan lebih berat badan manakala lebih 30 adalah obes.

Bagi setiap sekilogram kenaikan berat badan sejak usia 18, keupayaan mereka untuk hidup melebihi usia 70 tahun berkurangan sebanyak lima peratus. Wanita mengalami lebihan berat badan ketika usia 18 dan bertambah berat badan lebih 10 kg kemudian hanya ada 20 peratus peluang hidup sehingga 70 tahun dalam keadaan sihat. � AP



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom