Home » » Berat naik 1kg jika ambil 500 kcal sehari

Berat naik 1kg jika ambil 500 kcal sehari

Pengambilan lebihan kalori bagi seorang individu sebanyak 500 kilokalori (kcal) sehari dalam masa seminggu akan menyebabkan peningkatan berat badan antara 500 gram hingga satu kilogram.

Untuk membakar 500 kcal itu, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal hampir satu jam atau perlu berjalan kaki selama dua jam setengah.

Adalah lebih mudah untuk mengurangkan kalori dengan mengurangkan pengambilan makanan daripada membakar kalori setelah memakannya.

Pengambilan pelbagai jenis makanan ini akan mengakibatkan penambahan berat badan serta risiko menghidap penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi, katanya.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan sihat serta menjalankan aktiviti fizikal yang mencukupi dengan mengamalkan lima lapan atau '88888.'

Amalan-amalan itu adalah berhenti makan sebelum kenyang iaitu lebih kurang 80 peratus kenyang, mengamalkan makan malam sebelum pukul lapan malam, minum lapan gelas air kosong, tidur lapan jam sehari dan berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah.

Berjalan 10,000 langkah adalah lebih bagus. Antara panduan diet ialah makan dengan saiz hidangan atau kuantiti kecil, pilih makanan rendah kalori dan berserat tinggi, hadkan pengambilan makanan manis, pilih air kosong berbanding air manis serta hadkan pengambilan minuman beralkohol.



 
Chatroom