Home » » Wanita gemuk suka perintah suami?

Wanita gemuk suka perintah suami?

Wanita gemuk suka perintah suami?

Ada wanita berbadan besar yang dilabel suka memerintah dan suami harus mengikut telunjuk.

Namun tidak kurang yang berasa isteri yang memiliki bentuk badan lebih besar daripada suami akan lebih disayangi suami berdasarkan pandangan psikologi kerana suami begitu berusaha membahagiakan isterinya.

Pada sisi lain pula, secara psikologinya ramai mengatakan suami kurus sedangkan isterinya bertubuh besar mempunyai kelebihan tertentu yang tergolong dalam kumpulan yang penuh sifat penyayang.

Apa saja pandangan masyarakat terhadap wanita bertubuh besar, mereka juga ada keistimewaan tersendiri di mata pasangan masing-masing. Cuma adakalanya masyarakat tidak adil meletakkan persepsi apabila pasangan yang salah seorangnya berbadan besar itu sering dianggap pelik.


Istilah boroi, obes, gemuk, bulat atau apa saja dilemparkan masyarakat terhadap pemilik badan besar hanya pandangan peribadi dan tidak mewakili masyarakat keseluruhannya.

Menurut pakar motivasi keluarga, Dr Robiah K Hamzah, pandangan cetek sesetengah masyarakat itu nyata tidak adil kerana ukuran menarik, cantik dan bahagia bukan berpunca daripada bentuk fizikal semata-mata.

Baginya, masyarakat tidak harus memandang wanita bersaiz besar tidak cantik manakala hanya si kurus yang dilabel menarik. Sikap masyarakat perlu diubah kerana yang cantik, menarik dan penuh aura bukan terletak pada fizikal saja.

Tetapi, katanya, yang paling penting adalah kejujuran hati serta keikhlasan, bijak mengatur kehidupan selain berfikiran positif dalam menjalani kehidupan.

“Ada wanita gemuk kerana makan hati. Atau badan berisi mungkin disebabkan rasa ‘sudah selesa’ kerana ada suami atau anak-anak yang membahagiakan.

“Apa yang penting, walaupun seseorang itu tubuhnya berisi, dia hendaklah menjaga kesihatan diri supaya sihat dan menarik. Tidak semestinya kalau badan berisi seseorang itu tidak menarik. Banyak cara perlu dilakukan dalam soal penampilan diri.

“Cuma daripada pemerhatian saya, wanita lebih cenderung untuk kelihatan lebih berisi badannya selepas bersalin. Semakin kerap bersalin, berat badan semakin meningkat, ditambah pula kurang bersenam sehingga menimbulkan masalah kesihatan,” katanya.

Saiz badan wanita juga ada kaitan dengan soal budaya masyarakat misalnya di negara Arab, India atau Negro di Afrika, si suami bangga jika memiliki isteri berbadan besar.

Namun, katanya, negara barat meletakkan mereka yang berbadan kurus atau tinggi langsing pula yang memenuhi piawaian cantik.

Dr Robiah meminta masyarakat lebih terbuka dalam soal itu dengan menyarankan kehidupan yang membahagiakan tidak dikaitkan dengan aspek kecantikan bersandarkan bentuk badan menarik sebaliknya lebih menyesuaikannya dengan gaya hidup sihat.

“Dari sudut kesihatan, mereka yang berbadan gempal senang dihinggapi penyakit. Jadi, seseorang yang berbadan sedemikian harus berjaga-jaga. Isteri yang gemuk mungkin sukar mendapat zuriat dan melayan suami serta terdedah kepada risiko penyakit.

“Maknanya, gemuk tidak nampak seksi sebaliknya, nampak ‘seksa.’

“Badan lelaki pun naik mendadak selepas berkahwin. Mereka juga jangan mempersoalkan wanita saja tidak cantik kalau gemuk kerana lelaki pun begitu juga jika badan terlalu boroi.

“Moralnya, jangan pandang pada fizikal kerana kesan atau keistimewaan lain juga harus diambil kira,” katanya.

Menurutnya, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan terserah kepada individu meletakkan nilai tertentu pada diri seseorang.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom