Home » » Nilufar Pet & Aquatic Centre,Kompleks Rimbun Scott, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Nilufar Pet & Aquatic Centre,Kompleks Rimbun Scott, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Memelihara haiwan kesayangan adalah hobi yang menyeronokkan. Selepas seharian bekerja, sebaik tiba di rumah, anda dapat bermain dengan binatang peliharaan untuk menghilangkan tekanan.

Bagi warga kota, ramai memilih ikan hiasan dan kucing termasuk haiwan peliharaan baru yang makin popular, Sugar Glider dan anak landak putih.

Kedai haiwan peliharaan, Nilufar Pet & Aquatic Centre di Kompleks Rimbun Scott, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Bagi yang belum pernah berkunjung ke premis ini, Nilufar Pet & Aquatic Centre adalah pusat sehenti akuatik terbesar atau dikenali sebagai megastore haiwan peliharaan di Lembah Klang. Di premis ini, pelbagai jenis haiwan peliharaan dan barangan keperluan boleh didapati. Premis ini juga adalah salah satu pembekal utama hidupan akuatik dengan lebih daripada 200 jenis ikan hiasan boleh ditemui.

Apa yang menarik, ikan hiasan di premis ini berwarna warni dan tampak sihat. Ini berpunca teknologi tangki penapisan terbaik dengan sistem yang berdasarkan teknik penapisan maju di Eropah.

Sistem state-of-the-art bekalan oksigen perlu bagi yang mengekalkan tahap 100 peratus kesihatan optimum dan kecantikan ikan. Selain itu, ada pelbagai haiwan eksotik seperti ular, kala jengking, landak, kura-kura eksotik, labah-labah dan pelbagai jenis burung boleh ditemui di premis ini.

Bagi mereka yang menyukai haiwan kecil, anda mempunyai banyak pilihan binatang peliharaan seperti arnab, sugar glider, tikus (hamster) dan haiwan unik dari Afrika, Chinchilla.

Pengurusan kedai ini juga menukar stok kucing dan anjing peliharaan setiap minggu bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Selain itu, bilik khas disediakan kepada pelanggan untuk membolehkan mereka bermain dengan haiwan pilihan sebelum membuat keputusan memilikinya.

Langkah ini wajar kerana tidak semua haiwan boleh serasi dengan penjaga baru. Sehubungan itu, syarikat ini membenarkan pelanggan bermain dan mendekatkan diri dengan haiwan kesayangan mereka sebelum membawanya pulang ke rumah.


* Nilufar Pet &Aquatic Centre turut menyediakan khidmat dandanan dan mandian haiwan.

* Anda boleh memanjakan haiwan peliharaan dengan memilih spa atau urutan haiwan.

* Menyediakan perkhidmatan hotel dan pusat jagaan harian bagi semua jenis haiwan dengan tahap keselesaan dan kebersihan tinggi.

* Menawarkan khidmat mereka bentuk taman landskap dan kolam.

* Menyediakan khidmat penjagaan dan penukaran air bagi akuarium hidupan marin di rumah.

Alamat Nilufar Pet & Aquatic Centre
Nilufar Pet & Aquatic Sdn. Bhd.
2-01-02,
289, The Scott Garden,
Jalan Kelang Lama,
58000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7984 6268 (for booking)
017-338 5868
email: reservation@nilufar.com.my

Business Hours:
Daily: 11am - 9pm

http://www.nilufar.com.my/

Oleh Alzahrin Alias



 
Chatroom