Home » » Tips Panduan Sesi Temu Duga

Tips Panduan Sesi Temu Duga

Tips Panduan Sesi Temu Duga

Pernahkah kamu berfikiran spontan seperti ini? Atau mungkin kamu masih tertanya-tanya, apakah yang boleh dan tidak boleh kamu lakukan ketika sesi temu duga. Jom kita semak.



DO’S

1. BERPAKAIAN KEMAS

Pastikan kamu memakai pakaian yang kemas, bersesuaian dan tanpa kedutan. Elakkan memakai pakaian yang gelap. Cuba pakai pakaian yang berwarna cerah kerana ia mampu menaikkan lagi mood penemu duga atau sesiapa sahaja yang melihat kamu.

2. KETUK PINTU DAHULU
Setibanya kamu di hadapan pintu bilik temu duga, ketuk dahulu sebelum masuk. Tunjukkan adab kamu kepada mereka. Elakkan daripada terus masuk dan duduk sebaliknya minta izin mereka terlebih dahulu.

 3. DUDUK DENGAN SOPAN

Pastikan kedudukan badan kamu ketika duduk tidak terlalu membongkok, tidak terlalu menegak atau mendada. Duduklah dengan selesa tetapi jangan pula sampai terkangkang atau terlalu santai. Takut si penemu duga akan fikir yang kamu tidak beradab pula.

DON’T

1. WANGIAN YANG TERLALU KUAT

Wangian yang terlalu kuat dan menusuk baunya akan menyebabkan si penemu duga rasa kurang selesa dan akhirnya hilang mood untuk menemu duga kamu.

 2. INTONASI YANG MALAS KETIKA MENJAWAB SOALAN

Selain menilai kamu dari segi pakaian dan hasil kerja, cara kamu menjawab soalan dan intonasi yang kamu gunakan juga sangat dititikberatkan oleh si penemu duga. Jadi, elakkan daripada menggunakan intonasi yang malas atau malu-malu. Ini akan menampakkan yang kamu tiada semangat dan pemalas.

3. TIDAK MENJAWAB SOALAN YANG DIBERIKAN

Sekiranya kamu diajukan pelbagai soalan, elakkan daripada tidak menjawab. Cuba fikirkan jalan yang lain untuk menjawab. Sekiranya kamu tidak faham dengan soalan yang diajukan, minta mereka ulangkan dan cuba sedaya upaya untuk fahami semula soalan tersebut.



 
Chatroom