5 Mitos Tentang Kerjaya
Mitos 1: Gaji yang banyak akan menggembirakan saya untuk terus bekerja di tempat tersebut.
Realiti: Cuba lihat rakan-rakan di sekeliling kamu. Pernah atau tidak kamu terdengar ada segelintir daripada rakan-rakan kamu yang berpindah kerjaya daripada menjadi seorang jurutera kepada akauntan dan seterusnya menjadi guru. Selain gaji yang banyak, suasana di tempat kerja juga amat penting untuk menjadikan kamu seronok bekerja di sana.
Mitos 2: Seseorang itu tidak mampu hidup dengan hobi mereka.
Realiti: Hasil daripada kajian menunjukkan seseorang yang menjadikan hobi sebagai kerjaya akan mendapat lebih kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan. Malah, ada juga di kalangan mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka lebih arif menguruskan kerjaya sendiri.
Mitos 3: Apabila sudah bekerja, saya akan terikat buat selama-lamanya.
Realiti: Tidak benar sama sekali! Jangan berfi kiran sebegitu kerana kamu berhak untuk membuat keputusan terhadap diri sendiri. Jangan takut untuk menukar kerja jika itu yang terbaik untuk diri kamu.
Mitos 4: Kemahiran yang saya miliki akan jadi sia-sia jika saya menukar pekerjaan.
Realiti: Kemahiran merupakan suatu perkara yang sangat bernilai untuk seseorang. Walaupun sudah bertukar pekerjaan, kemahiran yang kamu miliki itu masih boleh dipraktikkan terhadap pekerjaan sekarang tetapi dengan cara yang berlainan.
Mitos 5: Jika kawan baik dan adik-beradik saya seronok dengan pekerjaan mereka, pasti saya juga akan melalui perkara yang sama.
Realiti: Setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Pemilihan kerjaya haruslah berdasarkan diri kamu sendiri dan bukannya orang lain.