Peranan ibu bapa dalam isu moral remaja
Mendepani krisis akhlak adalah satu cabaran besar kepada setiap umat Islam yang bertanggungjawab. Berita keruntuhan akhlak individu Muslim dari pelbagai peringkat usia telah sekian lama menjadi kebimbangan.
Malangnya gagasan dan wawasan yang dirangka dan dirangkum untuk menangani krisis ini seakan tidak membantu mengurangkan wabak hedonisme yang melanda.
Meskipun Islam menyediakan teori pembinaan akhlak serta sosial manusia yang lengkap, ia sering kali terlepas pandang atau tidak diambil berat oleh pengamalnya. Hal ini mungkin disebabkan pelbagai faktor yang membataskan usaha ibu bapa dalam membina akhlak Islami dalam keluarga.
Gambaran zahir, jiwa dan batin
Akhlak adalah gambaran zahir, jiwa dan batin seseorang, bergantung sama ada berbentuk baik atau buruk. Justeru, gambaran zahir dan batin yang baik melahirkan akhlak baik, begitulah sebaliknya.
Akhlak salah satu cabang utama dalam Islam. Pentingnya akhlak yang mulia tergambar daripada sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat Bukhari)
Tanpa akhlak, akidah, ibadah dan muamalat setiap individu Muslim tidak akan lengkap dan sempurna. Hari ini, krisis akhlak bukan saja berlaku dalam kalangan remaja Muslim di bandar, tetapi juga di luar bandar.
Jenayah lebih buruk rentetan daripada kegagalan menangani masalah sosial remaja di peringkat awal telah berleluasa seperti hamil anak tidak sah taraf, pembuangan bayi, rogol dan bunuh, rompakan bersenjata serta pembunuhan berkumpulan.
Tidak dapat dinafikan ibu bapa dan keluarga memainkan peranan besar dalam pembentukan jati diri dan akhlak setiap individu. Proses menghasilkan zuriat yang cemerlang sahsiah serta ketrampilan bermula seawal memilih ibu dan bapa kepada anak itu.
Ia berterusan kepada bagaimana zuriat mula dirancang, dikandung dan dilahirkan. Tarbiah pula bermula apabila anak lahir ke dunia, mengikut kesesuaian dan cara yang berbeza.
Walaupun belum boleh memahami, kebiasaan ibu bapa membacakan doa makan sebelum membenarkan bayi menyusu badan contohnya, adalah salah satu proses tarbiah. Jika anak dibiasakan dan dididik dengan kebaikan, mereka akan membesar dengan kebaikan, tetapi jika sebaliknya, ia akan membesar dengan kejahatan.
Peranan penting ibu bapa
Walaupun terdapat faktor lain yang menyumbang kepada krisis akhlak masa kini, tetapi tidak dapat dinafikan jika setiap ibu bapa memainkan peranan utama membimbing, memantapkan dan memantau akhlak anak, krisis akhlak semasa mungkin boleh dikurangkan.
Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari)
Terdapat beberapa faktor yang menggagalkan tarbiah Islami dalam institusi kekeluargaan, antaranya ibu bapa kurang ilmu dan pengetahuan agama. Selain itu, bebanan ekonomi boleh menyebabkan ibu bapa kurang memberi perhatian dan kasih sayang sewajarnya kepada anak kerana terpaksa meluangkan sebahagian besar masa mencari nafkah keluarga.
Komitmen tinggi untuk memenuhi keperluan ekonomi keluarga juga menyebabkan ibu bapa sukar mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu dan bapa, sebaliknya menyerahkan proses pentarbiahan kepada orang lain.
Dalam Islam terdapat asas tuntutan kehidupan yang penting untuk membina kehidupan di akhirat iaitu keimanan, ketaatan, ilmu dan amal. Tanpanya manusia tidak akan dapat mengamalkan sesuatu yang menepati kehendak agama.
Akhlak lahir seiring dengan ilmu diperoleh bertunjangkan akidah yang benar. Allah menegaskan dalam Al-Quran: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." (Surah Al-Ankabut, ayat 45)
Hubungan keluarga yang baik tentulah berkait rapat dengan perhatian dan kasih-sayang. Hal ini menuntut keperluan masa yang bukan sedikit daripada ibu bapa.
Oleh Nik Salida Shuhaila
* Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia