Home » » Resepi Risoles (Resepi Belanda)

Resepi Risoles (Resepi Belanda)

Risoles merupakan pastri berinti daging dan campuran sayur-sayuran yang dibungkus dan digoreng . Enak dimakan begitu sahaja atau dicecah bersama sos.

Resepi Risoles

Bahan untuk kulit:

100 gm tepung gandum
2 biji telur
200cc air
100 cc susu segar
 ½ sudu makan marjerin yang sudah dicairkan

Bahan untuk isi:

250 gm ayam/daging (dicencang)
2 biji ubi kentang (rebus dan potong kecil-kecil)
1 biji lobak merah (potong dadu)
6 ulas bawang putih
Sedikit lada putih
Garam secukup rasa.      
  

Cara membuat:

1. Campur semua bahan kulit di atas.

2. Kemudian tapis. Panaskan kuali leper yang sudah disapu marjerin.

3. Ambil tiga sudu makan adunan dan dijadikan seperti lempeng.

4. Ulang sehingga adunan habis.   

5. Untuk menyediakan inti pula, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan daging.

6. Apabila daging sudah setengah masak, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Tambahkan lada putih dan garam.

7. Angkat dan sejukkan. Ambil sehelai kulit dan bubuh sesudu isi daging.

8. Lipat seperti bentuk popia. Sapu dengan putih telur dan salutkan dengan serbuk roti.

9. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.





 
Chatroom