Setelah selesai berpuasa selama sebulan, umat Islam tidak sabar untuk meraikan satu lagi hari kebesaran iaitu Aidilfitri .
Persediaan menyambut 1 Syawal ini dapat dilihat seawal Ramadan lagi, apabila melihat banyak peniaga baru muncul bagi cendawan tumbuh, masing-masing menjual barangan keperluan sambutan raya untuk perayaan yang diraikan masyarakat Islam seluruh dunia.
Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan bukan keperluan yang melebihi batas.
Persoalannya, perlukah kita berbelanja lebih untuk membeli sepasang baju Melayu, kurung mahupun kebaya untuk kelihatan cantik dan anggun di pagi raya?
Perlukah kita untuk kelihatan mewah di hari raya? Ya, ada perbelanjaan yang perlu dibuat pada musim perayaan, tetapi kita mempunyai perasaan ingin berbelanja secara berlebihan dan sifat ini dipengaruhi oleh kemampuan.
Jadi, dengan pelbagai jualan murah serta pilihan yang menarik, bagaimana anda merancang berbelanja menjelang Aidilfitri? Perancangan penting kerana perbelanjaan ini memerlukan bajet yang besar. Apa yang anda harus tanya kepada diri anda adalah bagaimana kita boleh berjimat untuk tahun ini? Berikut adalah beberapa tip dan idea:-
- Jika anda membeli pakaian untuk ahli keluarga, mungkin anda boleh semak sama ada membeli secara borong/dalam kuantiti yang banyak boleh diberi diskaun. Kebiasaannya, lebih senang untuk mendapatkan diskaun jika kita membeli barang di tempat yang sama dalam kuantiti yang besar.
- Jika bersendirian, anda boleh berkongsi kereta untuk pulang ke kampung. Ini boleh menjimatkan minyak dan masa. Setidak-tidaknya anda ada rakan untuk berbual jika mengalami kesesakan jalan raya yang menjadi kebiasaan pada musim perayaan.
- Pamerkan kreativiti anda untuk menjahit sendiri pakaian anda pada hari raya. Ini boleh menjimatkan wang daripada terpaksa membayar kepada tukang jahit. Anda juga akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan anda sendiri. Anda juga boleh luaskan kreativiti anda dengan menjahit pakaian untuk anak-anak dan seluruh keluarga anda.
- Barang kemas - Perlukah kita membeli barang kemas atau barangan berjenama untuk dipadankan dengan pakaian anda? Jika anda mempunyai bajet yang lebih tanpa kredit, kenapa tidak? Tetapi, jika pembelian barangan ini secara tunai, adalah lebih bagus.
- Daripada membeli langsir atau sarung kusyen baru, lebih baik menggunakan semula apa yang ada dari semasa ke semasa. Lagipun, mungkin ramai yang belum pernah lihat koleksi lama anda yang sudah lama tersimpan di dalam almari.
- Buat sendiri kuih raya. Ini boleh menjimatkan wang dan mengekalkan tradisi dengan cara anda. Jika anda pulang beraya di kampung, cuba berbincang dengan adik beradik atau saudara terlebih dahulu mengenai pembelian kuih. Ini boleh mengelakkan masing-masing membeli kuih yang sama.
- Membeli perabot melalui pembayaran secara ansuran adalah tidak digalakkan. Ingat, anda perlu membayar ansuran ini walaupun selepas habis musim perayaan dan ini akan mempengaruhi bajet bulanan anda selepas itu. Kenapa tidak membersihkan dan mengilatkan semula perabot anda yang sedia ada? Terdapat banyak produk di pasaran yang boleh menjadikan perabot lama anda kelihatan seperti baru. Anda juga boleh mengecat semula perabot anda, mungkin menggunakan warna yang lain pula agar kelihatan baru.
- Ubah kedudukan atau perabot anda. Ini boleh menjadikan ruang tamu anda tampil berbeza.
- Duit raya - berapa banyak yang perlu anda bagi? Jawapannya mudah - pemberian itu bergantung kepada berapa yang anda mampu. Harus diingat pemberian duit raya bergantung kepada berapa ramai saudara mara anda yang hadir ke rumah anda untuk beraya. Ini perlu diambil kira!
Di atas hanyalah beberapa tip yang boleh digunakan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Idea yang sebenar adalah menjadi kreatif.
Gunakan sumber sedia ada untuk mencipta sesuatu yang baru. Terdapat banyak tip dan idea yang boleh didapati di laman web secara percuma; pelbagai resipi, video tutorial mengenai kitar semula perabot dan banyak lagi.
Anda boleh meraikan Aidilfitri dengan perasaan tenang dengan mengawal bajet anda. Dengan usaha dan kreativiti, anda mungkin boleh mencungkil bakat baru sebagai seorang pakar hiasan dalaman?
Pihak pengurusan AKPK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raikan sambutan Aidilfitri tahun ini disamping mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemat sebagai budaya hidup.
Bagi memudahkan anda menguruskan perbelanjaan menjelang musim perayaan, adalah lebih wajar jika membuat anggaran perbelanjaan supaya setiap aliran wang yang dibelanjakan direkod.
Jika perbelanjaan anda sudah hampir mencapai angka yang sudah dianggarkan sebelum ini, hentikan dahulu hasrat untuk membeli barangan yang difikirkan tidak diperlukan dengan segera.
Anggaran kasar perlu ada, supaya anda dapat membuat perancangan dengan lebih berhati-hati dan berbelanja secara berhemah.
Menjadi kemestian untuk memasukkan kos pelbagai iaitu sebagai keperluan kecemasan terutama menjelang perayaan.
Kos ini boleh digunakan untuk ke klinik jika anda deman atau mengalami saat tidak dijangka pada musim perayaan.
Jika wang berkenaan tidak digunakan, ini bermakna anda mempunyai lebihan wang selepas raya... pasti boleh digunakan untuk menyediakan juadah ketika meraikan rakan atau saudara mara yang berkunjung sepanjang Syawal nanti.