Home » » Resepi Makaroni Masam Manis

Resepi Makaroni Masam Manis

Resepi Makaroni Masam Manis

Bahan-bahan:
3 cawan makaroni - rebus dan tos
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 sudu besar sos cili perisa Thai
6 sudu besar cili kering kisar
15 ekor udang saiz sederhana
1 paket daging cincang
2 tangkai daun ketumbar
3 helai daun salad
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 biji limau nipis
Sedikit keju diparut (jika suka)

Cara membuat: 
1.    Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
2.     Apabila bawang sudah garing masukkan cili kisar serta sos cili Thai.
3.    Masukkan udang, tambah sedikit air.
4.    Masukkan gula, garam serta perahkan limau nipis.
5.    Masukkan daging cincang, makaroni dan daun ketumbar yang dihiris halus.
6.     Akhirnya masukkan daun salad yang dipotong memanjang.
7.    Hidangkan bersama taburan keju.


~ Midi



 
Chatroom