Sindrom `poshitis'
Gaya dan stail terbaru Victoria Beckham menggendong tas tangannya yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan pakar kesihatan.
Puncanya bukan pada saiz beg tangan yang terlalu besar (bertujuan memberi ilusi kurus pada tubuh) tapi obsesi terbaru Victoria menyangkut tangkai tas tangan pada siku dikhuatiri menjadi penyebab otot dan tendon siku tercedera.
Sindrom digelar `poshitis' itu menjadi ikutan dalam kalangan wanita bercita rasa terkini dan boleh mengundang kecederaan lebih teruk jika beg bersaiz besar itu penuh diisi bermacam barangan.
Pakar fisioterapi persendirian berpusat di London, Sammy Margos, berkata kaedah membimbit tas tangan menjadikan lengan berbentuk L itu juga boleh menyebabkan masalah ketegangan otot berulang selain kesakitan pada bahu dan leher.
"Ramai wanita beranggapan mereka perlu mengikut aliran fesyen semasa tanpa menyedari cara mereka berfesyen itu boleh mengundang padah.
"Wujud banyak peningkatan kes sakit bahu dan leher selain tekanan terhadap postur tubuh disebabkan kesilapan kaedah membawa beg tangan dan pemakaian kasut bertumit tinggi," katanya.
Selain itu, jika diperhatikan di sekeliling anda, ada juga wanita yang selesa membimbit dompet besar yang berisi wang, dokumen diri dan wang syiling dengan posisi lengan sedikit tinggi atau berbentuk L.
Situasi itu juga sebenarnya boleh mengganggu postur tubuh, posisi berjalan dan seterusnya menyebabkan sakit belakang, bahu, leher dan pinggul.
Masalah bertambah
Pakar tulang belakang, Sri Balaji Action Medical Institute, India, Dr Neerak Jain berkata, kebelakangan ini, ramai orang muda menderita masalah tulang belakang dan keadaan ini mengalami peningkatan mendadak disebabkan perubahan gaya hidup.
Peralihan zaman menyebabkan ramai wanita sering berdampingan dengan gajet elektronik seperti iPod, iPad telefon bimbit pintar dan kamera digital yang memerlukan ruang lebih besar dalam tas tangan.
Beg berat menjadi punca mengapa lebih ramai wanita mengalami masalah sakit leher dan belakang ketika ini.
Selain itu, membimbit beg atau dompet di sebelah bahagian badan sebenarnya boleh menyebabkan ketidakseimbangan postur badan, malahan ia juga menekan otot dan saraf pada leher yang bersambung ke bahu.
Jika diteruskan dalam tempoh panjang, ia boleh menjadi punca kekejangan bahu juga arthritis (radang sendi).
"Bebanan beg boleh meninggalkan kesan pada belakang, leher dan bahu, malah menyebabkan sakit kepala serta memburukkan lagi kondisi penyakit radang sendi," kata Pakar Ortopedik, Dr Anurag Tripathy.
Kesan jangka panjang membawa tas tangan mencecah dua kilogram saban hari juga akhirnya boleh merosakkan tisu lembut dan ketidakjajaran postur tulang belakang seterusnya memberi kesan terhadap otot tulang belakang.
Apabila membimbit beg berat, leher secara semula jadi akan condong bagi mengimbangi berat yang ditanggung. Ia menyebabkan beban berlebihan di sebelah leher dan ketegangan otot pada leher sebelah lagi.
"Apabila otot penat, ia tidak akan memegang tulang belakang dengan betul dan akibatnya, ia akan tergelincir. Masalah itu menyebabkan kesihatan tulang belakang dan bahu merosot, malah lebih teruk menyebabkan kesakitan sendi," kata Dr Tripathy.
Tidak hanya itu kerana membimbit beg tangan berat juga boleh merubah pola berjalan seseorang dan sistem tulang, yang akhirnya mengundang pelbagai masalah antaranya tekanan pada sendi kaki (jika terlalu lama, boleh menyebabkan ia terkoyak).
Beg beroda sebagai penyelesaian
Penyelesaian terhadap masalah ini adalah dengan menggalas atau menyangkut beg pada kedua-dua belah bahu atau menggunakan beg beroda.
Paling penting, elakkan meletak seluruh beban beg pada sebelah badan kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan berat pada leher, bahu dan belakang.
Menurut pakar fisioterapi, ketidakseimbangan postur boleh menyebabkan cakera tulang belakang beralih. Membawa beg antara satu hingga 1.8 kilogram (kg) masih boleh diterima tapi sebaiknya, hadkan berat beg hanya 1.5 kg.
Jadi, selepas ini mungkin Victoria Beckham perlu mencipta trend baru iaitu menyandang beg galas bagi mengisi semua keperluan apabila keluar dari rumah.
Ini kerana menyandang beg galas boleh mengelakkan masalah sakit tulang belakang.
Tip sihat
* Pilih tas tangan sepadan dengan tubuh.
* Sentiasa lakukan regangan ringan untuk otot leher dan belakang * hayun lengan, pusing bahu dan regangkan kepala kiri ke kanan.
* Pilih beg yang mempunyai banyak poket. Jadi anda boleh asingkan barangan secara sekata di dalam tas.
* Tangkai lebar mengurangkan beban beg pada bahu.
* Sentiasa bergilir menyandang tas di bahu kanan dan kiri.
* Jangan galas beg terlalu lama.
* Jika perlu membawa komputer riba, gunakan beg jenis galas. Jika mengguna beg bimbit di bahu, gilirkan bahu dan pastikan ia dibawa rapat ke badan.
* Pastikan beg digalas beratnya hanya antara 10 hingga 15 peratus berat tubuh.
* Buat yoga untuk meningkatkan keseimbangan dan kelenturan tubuh.
Oleh Siti Nur Almizan Aripin