Home » » Kebaikan Ginseng, Manfaat Ginseng

Kebaikan Ginseng, Manfaat Ginseng

Kehebatan ginseng sudah diketahui sejak berzaman lagi. Ia dianggap sebagai tumbuhan herba ajaib sejak 5,000 tahun yang lalu, malah begitu popular dalam kalangan masyarakat Cina.

Antara ginseng dikatakan amat berkualiti ialah Goryeo Ginseng (Ginseng Korea). Ini berikutan, geografi Korea dianggap terbaik untuk tumbuhan ini kerana persekitarannya, berbanding ditanam di Amerika Syarikat atau China.

Apabila tumbuhan herba ini membesar secukupnya selama 180 hari berbanding di negara lain iaitu antara 120 hingga 130 hari, ia dikatakan dapat mempertingkatkan kesihatan untuk memanjangkan usia apabila dimakan dalam tempoh yang lama, malah diiktiraf kemujarabannya.

Dalam perubatan tradisi Korea, ginseng dikelaskan sebagai herba teragung yang boleh dimakan untuk tempoh lama dan menjadi bahan utama dalam semua formula preskriptif.

Justeru, tidak hairanlah ginseng sangat bernilai dalam semua jenis perubatan, tidak terkecuali juga dalam menghasilkan produk kecantikan. Antara produk kecantikan yang memanfaatkan khasiat ginseng ialah Sulwhasoo iaitu jenama penjagaan kulit mewah terkenal di Korea.

Produk ini mula mendapat perhatian dan dikenali ramai sejak 1997 dan buat julung kalinya, ia diperkenalkan di negara ini khusus untuk wanita yang tercaricari kelainan terutama membabitkan penjagaan kulit secara holistik.



Kebaikan Ginseng

* Antioksidan yang mujarab digunakan sebagai penawar antipenuaan untuk membantu mengekalkan kecantikan.

* Menguatkan daya ketahanan badan dan mempercepatkan penyembuhan daripada penyakit.

* Terkenal sebagai herba ajaib yang dapat meningkatkan tenaga batin, prestasi dan daya ketahanan lelaki.

* Menyelaraskan tahap kolesterol dan kandungan gula dalam darah.

* Mengurangkan tekanan dan berupaya menenangkan dan mengimbangi minda.

* Meningkatkan daya ketahanan dan stamina dengan memberi sokongan kepada metabolisma badan.

* Membaiki keupayaan mental, kecekapan dan daya tumpuan dengan melancarkan peredaran darah serta menyalurkan tenaga kepada otak.

* Membolehkan badan berehat dan pulih daripada keletihan.



 
Chatroom