Home » » 5 tip kawal nafsu makan

5 tip kawal nafsu makan

5 tip kawal nafsu makan

Catat makanan anda

Salah satu cara kawal nafsu makan adalah melalui cacatan pemakanan harian. Bukan soal kesempurnaan diet tetapi anda boleh kenal pasti kelemahan pemakanan anda. Yang penting amalkan kesederhanaan dalam memilih makanan.

Kenali diri anda

Jika anda penggemar coklat, sedarilah kelemahan itu. Jadi seperti kawasan periuk api yang bahaya, pastinya anda akan mengelak dari kawasan yang bahaya itu. Samalah dengan kedai-kedai coklat.

Perancangan

Katakan anda ke majlis perkahwinan. Adalah lebih baik untuk membawa snek sihat atau makan sebelum bertolak. Ini kerana waktu makan pada majlis sukar untuk dijangka. Perancangan awal boleh membantu anda mengelak daripada makan secara berlebihan.

Kurang kasih sayang

Berapa banyak karekter dalam filem yang mengaitkan ais krim dan coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? Jadi carilah seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda.

Anda tertekan

Tekanan merupakan faktor penting yang mendorong keinginan atau nafsu anda terhadap makanan tapi daripada melepaskan tekanan terhadap ais krim atau coklat, cubalah cari hobi yang positif untuk melawan stres. Alihkan tekanan anda ke litar lumba atau pilih sukan tinju.

~ Kevin Zahri



 
Chatroom