Home » » Aprikot vitamin B17 atasi kanser payudara

Aprikot vitamin B17 atasi kanser payudara

Percaya atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1:19 kemungkinan mendapat kanser payudara.

Ini bermakna, kira-kira 700,000 wanita di negara ini berhadapan dihantui gejala ini. Risiko itu paling tinggi menyerang kaum Cina diikuti India dan Melayu.

Laporan Daftar Kanser Kebangsaan pada 2003 mendapati barah payudara menyumbang 31 peratus kes kanser bagi golongan wanita.

Golongan lelaki juga tidak terlepas daripada bahaya kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2002 kanser payudara dikesan dalam kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan lima lelaki India.

Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Nik Munirah Nik Mahdi berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki lebih berbahaya kerana sel kanser lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang wanita.

Punca dan langkah pencegahan kanser payudara

Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian tubuh lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta cara hidup.

Selain itu, terdapat banyak faktor sampingan yang perlu dititikberatkan terutama dalam kalangan wanita:

* Jantina (95% lebih tinggi menyerang wanita)

* Umur (lebih kerap berlaku lewat 40-an)

* Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)

* Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)

* Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol)

* Penyusuan (penyusuan bayi merendahkan risiko)

* Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)

Menurut Pusat Penyelidikan Kanser UK, 75 peratus kes kanser payudara boleh diubati jika dikesan di peringkat awal.

Oleh itu, golongan wanita khususnya perlu peka terhadap sebarang perubahan pada payudara mereka kerana pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Terdapat empat kaedah untuk mengesan kanser payudara:

* Pemeriksaan sendiri perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.

* Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang berkelayakan.

* Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

* Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, rawatan seperti biopsi, MRI dan ultrasound perlu dilakukan.

Terapi pelengkap dan terapi alternatif untuk kanser

Mampukah saya bertahan untuk terus hidup?

Persoalan ini sering bermain dalam kalangan pesakit kanser payudara.

Namun, tahukah anda bahawa di negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi pelengkap dan alternatif membantu pesakit kanser.

Buku bertajuk `Understanding Cancer and Complementary Therapies' dikeluarkan Irish Cancer Society melaporkan bahawa terapi pelengkap boleh digunakan dalam kalangan pesakit kanser payudara.

Ia bertujuan menggalakkan kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan selepas rawatan konvensional. Antara terapinya ialah meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan visualisasi.

Namun, ada pesakit kanser lebih mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba dan buah-buahan yang mengandungi agen antikanser.

Ubatan alternatif ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit kanser untuk memilih kaedah yang selamat.

Vitamin B17 sebagai langkah alternatif

Salah satu kaedah alternatif yang berkembang pesat ialah menggunakan Amygdalin atau Vitamin B17.

Amygdalin mempunyai sifat antineoplastik kerana ia membunuh sel-sel kanser.

Amygdalin menggunakan ekstrak biji aprikot dan disediakan dalam bentuk kapsul, tablet atau dalam bentuk suntikan.

Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser perlu menjaga pemakanan dengan mengelak mengambil daging, gula dan produk tenusu sepanjang tempoh rawatan.

Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (antineoplastik) dan satu molekul benzaldehyde (analgesik).

Dalam terapi metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim betaglucosidase dalam sel-sel kanser.

Sianida hanya akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan membuang sel kanser itu. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terkawal.

Selain itu, enzim rhodanese yang wujud dalam kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal membantu proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat melalui air kencing.

Pengambilan terapi Amygdalin ini mendapat pengiktirafan Prof Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan amygdalin terbaik.

Katanya, pengambilan amygdalin yang diproses dan dikapsulkan memastikan tahap kebersihan dan keselamatan lebih terjamin.

Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17, Puan Khairul, 56, berkata dia yang mendapat kanser payudara mengambil aprikot vitamin B17 sebagai rawatan alternatif selama dua tahun.

Hasilnya, tahap kesihatan semakin memuaskan malah benjolan pada payudaranya semakin menyusut dan hilang.

"Semasa terapi, saya menjaga diet seharian dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan selain mengelak mengambil daging dan makanan laut," katanya.

* Hubungi TK Farmas Solution & Industries di talian 03-89273332, 03-89273330 atau faksimile 03-89273331 atau hubungi 019-2449008 (Ibrahim), 010-4324523 (Syakira), 019-2083523 (Fazilah), 013-3555563 (Akmal) dan 013-3338933 (Rozita) untuk maklumat lanjut.



 
Chatroom