Info denggi dan simptom demam denggi
Cuba periksa dalam dan keliling rumah, ada atau tidak air bertakung. Kalau ada, cepat-cepat bersihkan jika tidak mahu rumah kita didiami tetamu tidak diundang nyamuk aedes yang menjadi punca kepada demam denggi.
Denggi ialah jangkitan bawaan nyamuk yang biasa berlaku di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia.
Virus denggi tersebar dari satu individu ke individu lain melalui gigitan nyamuk. Penyakit yang boleh membawa maut ini tersebar kepada manusia dalam masa lapan hingga 12 hari selepas gigitan nyamuk aedes.
Bagaimanapun hanya nyamuk aedes betina saja yang menggigit manusia kerana ia memerlukan protein untuk menghasilkan telur. Nyamuk aedes ini sangat aktif dan tidak putus asa mencari mangsa.
Nyamuk aedes ada beberapa sifat. Ia suka menyerang dari bawah, tidak seperti beberapa spesies nyamuk lain yang suka berkeliaran di sekitar wajah. Nyamuk ini lebih suka bersembunyi di dalam rumah yang berdekatan dengan mangsanya. Misalnya dalam cuaca sejuk, gelap, di dalam almari, kawasan tempat membasuh pakaian dan di bawah meja serta sekitar perabot rumah.
Nyamuk aedes aktif sepanjang hari terutama pada waktu subuh dan senja. Ia membiak dalam air jernih yang bertakung. Air yang sedikit sebesar duit syiling 20 sen sudah cukup untuk menjadi tempat ia bertelur!
Telur aedes boleh bertahan dalam persekitaran kering selama enam hingga sembilan bulan dan apabila hujan ia akan bertukar menjadi pulpa atau jentikjentik.
Seekor nyamuk aedes boleh hidup selama sebulan dan dalam tempoh itu, ia akan bertelur tiga kali. Setiap kali bertelur, nyamuk boleh menghasilkan sehingga 100 telur.
Tempoh yang diperlukan untuk berubah daripada telur ke nyamuk dewasa hanyalah tujuh hari. Ada teori mengatakan virus denggi boleh disalurkan kepada telur dan kesahihannya sudah terbukti.
Simptom demam denggi :
* Demam untuk 45 hari berturut-turut
* Sakit kepala
* Sakit otot & sendi
* Ruam di badan
* Loya
* Muntah
* Hilang selera makan
* Cirit-birit