Home » » Telefilem Hadiah Dari Syurga,TV9 lakonan Fahrin Ahmad

Telefilem Hadiah Dari Syurga,TV9 lakonan Fahrin Ahmad

Hadiah Dari Syurga

Hadiah Dari Syurga mengisahkan kehidupan Iman Wazir yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak. Dua anaknya menjadi kebanggaan, cuma anak sulung bernama Rania yang mencemar pandangan masyarakat terhadap keluarga mereka hinggakan Imam Wazir dicemuh orang kerana dianggap gagal mendidik anak gadisnya itu.

Rania pula jenis yang lekas melenting apabila ditegur. Cuma, dalam kehidupan yang sering diuji, setiap keburukan itu pasti ada terselit kebaikan. Rania tiba-tiba mengejutkan ramai apabila berubah imej dengan menutup aurat.

Keluarga Iman Wazir menyambut baik perubahan Rania. Namun, di sebalik perubahan itu, Rania sebenarnya menyimpan satu rahsia untuk menutup kekhilafan dirinya. Rania sebenarnya sudah hamil dan cuba menyembunyikan perutnya yang kian membesar.

Lebih menyedihkan, selepas melahirkan anaknya sendirian di rumah kosong, Rania meninggalkan anak perempuannya itu di tangga surau. Kecoh satu kampung dengan berita penemuan bayi itu. Apakah tembelang Rania masih boleh disembunyikan?

Dijadikan cerita, Imam Wazir dan isterinya pulang ke rumah dengan membawa pulang seorang bayi dan bayi berkenaan ialah anak Rania sendiri. Selepas membuat laporan polis, Imam Wazir dan isteri sepakat untuk membela bayi perempuan yang diberi nama Aamani itu.

Bayi yang cuba dijauhi Rania berada dekat dengannya dalam satu rumah. Aamani dijadikan anak angkat keluarga Rania. Dalam keterpaksaan, Rania harus berdepan dengan semua itu. Daripada perasaan benci membuak-buak terhadap Aamani, Rania mula terbit rasa sayang pada bayi itu.

Apakah yang bakal terjadi dengan Rania melalui kehidupan mendatang? Mungkinkah Rania akan kembali ke pangkal jalan atau terus berpura-pura seakan tidak wujud langsung kisah silam yang terus menghantuinya itu?

Hadiah Dari Syurga terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua ini membariskan pelakon Fahrin Ahmad, Lydiawati, Datuk Jalaludin Hassan, Ezlisa Loy, Ana Dahlia dan Zwan Zhar.




 
Chatroom