Tubuh langsing dan perut kempis
Memiliki tubuh cantik terutama perut yang kental, tegap dan berotot sememangnya menjadi idaman semua orang khususnya lelaki, baik yang muda atau sudah berusia.
Mendapatkan tubuh yang langsing dan perut kempis bukan sekadar untuk kelihatan cantik tetapi mempunyai kesan besar terhadap kesihatan. Pada zaman serba pantas hingga menyebabkan ramai orang tiada masa bersenam di gimnasium, terdapat pelbagai tip sihat yang boleh dicari melalui pembacaan sama ada bahan cetak mahupun daripada Internet.
Ramai orang menganggap apa yang penting ialah memiliki tubuh kurus sehingga sanggup mengamalkan diet berlebihan tanpa memikirkan kesan kepada badan apabila keperluan nutrien harian yang sepatutnya diambil diabaikan. Mengurangkan makan saja tidak cukup untuk memperbaiki bentuk tubuh kerana ia mestilah disertakan dengan senaman yang betul.
Terdapat banyak banyak buku yang memberikan pelbagai jenis panduan ada yang bukan saja kurang praktikal malah menyusahkan, mengambil masa terlalu panjang dan akhirnya tidak berkesan. Tidak kurang juga yang mencadangkan kaedah segera untuk menurunkan berat badan, tetapi kesannya tidak berpanjangan.
Cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah tubuh hilang daya tarikan adalah dengan mewujudkan dan mengekalkan defisit kalori untuk mengurangkan lemak badan.
Sebenarnya semua orang termasuk golongan berperut boroi memiliki otot perut yang cantik tetapi malangnya ia terlindung di bawah lapisan lemak yang padat. Secara ringkasnya, jika mahu otot perut menonjol, berat badan perlu dikurangkan.
Saiz tubuh bahagian atas yang sebenar tidak akan memberi sebarang perbezaan kepada penampilan diri sehinggalah anda mencapai peratusan lemak badan yang lebih rendah.
Malangnya, lemak di bahagian perut dan juga belakang badan mengambil masa agak lama untuk hilang berbanding di bahagian lain. Ia bermakna anda perlu menghilangkan lemak dari bahagian badan yang lain dulu sebelum lemak di perut mula menyusut.
Menurut buku sukan, `Peranan Diet dan Senaman bagi Mengekalkan Jisim Bebas Lemak dan Kadar Metabolik Rehat Ketika Penurunan Berat Badan', hasil tulisan Petra Stiegler dan Adam Cunliffe, tidak ada cara untuk membuang lemak secara spesifik tetapi seseorang perlu mengekalkan defisit kalori sehingga berat badan secukupnya dikurangkan demi mendapatkan perut yang kempis dan berotot.
Maknanya, kita perlu mengurangkan jumlah makanan yang diambil dan pada masa sama mula bersenam. Namun satu aspek yang paling penting ialah mesti ada kesabaran dalam mendapatkan bentuk badan idaman.
Lelaki selalunya perlu menurunkan kira-kira 10 peratus lemak sebelum otot mula muncul manakala wanita pula antara 12 hingga 14 peratus, yang membawa maksud tubuh yang lebih langsing.
Setiap orang menyimpan lemak di bahagian yang berbeza dan boleh hilang lemak dari pelbagai kawasan tubuh. Defisit kalori boleh dilakukan menerusi diet atau senaman. Namun gabungan kedua-duanya adalah terbaik dalam mendapatkan tubuh lebih langsing.
Menurut penulis buku The Ketogenic Diet, Lyle McDonald, mengamalkan senaman mengangkat berat mampu membina otot di bahagian atas badan.
Katanya, dua jenis senaman terbaik yang mampu membentuk bahagian atas tubuh adalah `menolak meja jauh dari anda' iaitu apabila mula terasa kenyang ketika menjamu selera, cepat-cepat beralih dari meja makan. Inilah yang diamalkan bekas perdana menteri kita, Tun Mahathir Mohamed yang berhenti makan sebelum kenyang.
Senaman kedua yang paling berkesan menurut McDonald adalah `menggeleng kepala' iaitu apabila ada orang yang menjemput anda merasa makanan yang tidak ada dalam diet sihat anda, cepat-cepat gelengkan kepada ke kiri dan kanan dan mengulangi ayat `tidak, terima kasih'.
Mendapatkan perut yang kempis dan berotot sebenarnya lebih kepada menurunkan berat badan dan mengurangkan jumlah lemak di dalam badan. Senaman regangan pula mampu mengekalkan otot dan memberikan hasil lebih baik. Senaman membabitkan seluruh tubuh seperti mencangkung dan melompat dapat mengaktifkan otot di perut.
Pun begitu, tidak cukup dengan melakukan senaman khusus untuk bahagian tertentu saja. Untuk memiliki badan sihat, cantik dan bertenaga, kita perlukan senaman yang memberi kesan lebih menyeluruh seperti berjalan, berjoging, berenang, menari dan apa juga aktiviti cergas lain.
Dengan kesungguhan bersenam (termasuklah `senaman' menolak meja jauh-jauh dan menggeleng) serta kesabaran, insya Allah perut yang kempis dan badan cantik akan jadi milik kita. Memang perut kempis dan bentuk badan menarik menjadi penanda kesihatan, kecergasan, kekuatan minda dan komitmen seseorang.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan