Home » » Wanita turun berat badan dapat cincin berlian

Wanita turun berat badan dapat cincin berlian

Seorang wanita susut separuh berat badannya menerima ganjaran sebentuk cincin emas dihadiahkan suaminya, malah lengkap dengan berlian untuk setiap 9 ston (st) (menyamai 57 kilogram (kg) berat badannya yang hilang.

Bev Wright, 53, ketika ditimbang mempunyai lebih 20st (127kg) kerana gemar mengambil makanan seperti biskut dan makanan dibungkus.

Sewaktu berat Bev mencapai 20st 4lb (128.8kg), dia jarang dapat meninggalkan keselesaan di rumahnya sendiri, malah situasi itu membuatkan dia malu bergaul dengan masyarakat.

Tetapi pada 2011, dia memutuskan untuk melihat sekeping gambar mengenai dirinya di parti pejabatnya sempena Krismas.

Dia mengubah pola pemakanan dan mengunjungi gimnasium tiga kali seminggu. Dalam tempoh dua tahun, dia menurunkan berat badannya sehingga 11st 4lb (71.7kg) memenuhi sasarannya mengurangkan berat badannya sehingga 57kg.

Namun, Bev tidak menyedari mengenai suaminya Gary, 54, yang bertugas sebagai juruteknik bawah tanah di London.

Dalam diam, suaminya menyimpan hasrat memberi hadiah atau ganjaran kepada isterinya jika Bev mampu mencapai matlamat menguruskan badan.

Beberapa hari sebelum Bev mencapai sasarannya itu, Gary singgah ke kedai kemas untuk membeli sebentuk cincin berlian istimewa dengan batu bersinar mewakili 1st (6kg) yang mampu Bev hilangkan.

Ibu kepada dua anak dari Chatham, Kent ini berkata, dia mengakui mempunyai tubuh gemuk sepanjang hidupnya.

"Saya gemar menikmati makanan dan minuman seperti coklat dan biskut, hingga membuatkan saya tidak boleh meninggalkan tabiat itu.

"Sebenarnya, saya sentiasa bergelut dengan masalah berat badan dan pernah kehilangan 2st namun gemuk kembali.

Sewaktu melihat gambar saya di sebuah parti Krismas, ia membuatkan saya sedar betapa gemuk tubuh saya.

"Usia saya sudah mencapai 50 tahun namun masih di dalam kategori gemuk membuatkan saya berfikir perlunya perubahan. Cincin itu akan sentiasa menjadi peringatan dan saya berusaha agar berat badan tidak bertambah semula.

"Saya merasakan begitu bertenaga sama ada untuk ke gimnasium, tiga kali seminggu dan saya akan berjalan kaki untuk ke mana-mana," katanya.

Berat badan Bev meningkat secara mendadak dan di luar kawalan sejak Christopher, anak lelakinya yang berusia dua tahun disahkan menghidap kanser pada 1991.

Kebimbangan dalam dirinya dan tekanan untuk menangani penyakit itu ditambah pula setiap malam Bev duduk keseorangan di sisi anaknya di Hospital Great Ormond Street membuatkan pembantu pengajar itu tidak menikmati makanan seimbang.

Apabila tragedi menimpa sewaktu Christopher mati di usia dua tahun pada Ogos 1992, Bev mendapati sukar baginya untuk memot ivasikan dirinya bagi menghilangkan beberapa paun.

"Saya memang gemuk sepanjang hidup, tetapi apabila Christopher disahkan menghidap kanser, ia tidak membantu untuk mengurangkannya.

"Saya sangat tertekan kerana memikirkan kesihatannya di Hospital Great Ormond Street dan pada masa yang sama saya mengandung anak kedua," katanya.

Pembantu pengajar ini cuba mendapatkan bantuan anaknya Simon, 21, dan anak perempuannya Angie, 19, untuk menyelesaikan masalah itu dengan menyertai Slimming World.

"Mereka perasan perubahan itu. Gambar saya di atas kapal masih di simpan di sekolah dan mereka semua tidak menyangka saya kurus.

"Gary juga sentiasa memberi sokongan. Kini, saya gembira dapat makan dan melakukan aktiviti bersama keluarga," katanya. - DM



 
Chatroom