Amalan Sedekah Membawa Keberkatan Hidup
Sedekah adalah suatu sunnah dan amalan para sahabat yang sangat mulia. Dalam tradisi Islam ia ada beberapa tahap seperti zakat, sedekah, derma dan hadiah. Zakat adalah amalan wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan manakala sedekah adalah amalan sunat yang dituntut.
Ia merupakan pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merupakan amalan yang mulia serta mencakupi perkara yang mendatangkan kebaikan dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besarnya.
Tuntutan bersedekah ini tidak ada ertinya tanpa kita yang bersedekah menyandarkan niat yang ikhlas kerana Allah SWT demi untuk kebajikan pihak yang memerlukan dan tidak mengharapkan pujian atau balasan, bahkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menjunjung ketaatan kepada-Nya serta memupuk kasih sayang kepada manusia dan masyarakat seluruhnya.
Keutamaan bersedekah ini amat digalakkan oleh Islam dan telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 261:
Bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
Berdasarkan ayat ini kurniaan ganjaran sedekah memiliki pulangan yang tidak boleh dinilai harganya di dunia dan di akhirat. Ini dikuatkan lagi melalui firman Allah SWT di dalam surah Saba’ ayat 39:
Bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki
Untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah SWT dalam amalan bersedekah atau menderma kita hendaklah mematuhi peraturan dan adab tertentu antaranya ialah hendaklah merahsiakannya dalam bersedekah dan itu lebih baik daripada menzahirkannya walaupun ikhlas. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 271:
Bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu, dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (Ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Apa yang dilakukan oleh ulama’ salaf, kita dapati mereka merahsiakan sedekah mereka daripada pengetahuan manusia dan masyarakat umum, hinggakan ada di antara mereka sengaja mencari orang fakir dan miskin yang buta. Mereka memberi sedekah kepada golongan itu supaya tidak diketahui siapakah yang memberinya. Mereka juga memberi derma atau sedekah dengan memasukkan atau mengikatnya kepada seseorang si fakir atau miskin pada pakaiannya ketika sedang tidur.
Namun daripada itu kita juga dibolehkan untuk mewar-warkan pemberian tersebut bagi tujuan menggalakkan masyarakat melakukan sedekah. Ibnu Abil Ja’ad berkata: “Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu keburukan dan keutamaan antara sedekah secara terang-terangan dengan yang disembunyikan itu ialah bahawa yang kedua lebih utama dari yang pertama dengan tujuh puluh kali ganda”.
Kita dituntut mendermakan daripada harta milik kita yang paling baik dan daripada benda-benda yang kita sayangi dan menghulurkannya dengan wajah yang berseri-seri dalam keadaan gembira bukannya dengan muka yang masam atau kecewa. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada sifat ungkit-mengungkit sehingga boleh menyakiti hati orang yang diberi sedekah.
Menurut Imam Sufian Ath-Thauri: “Sesiapa yang mendermakan sesuatu atau daripada sesuatu yang diharamkan, ia diumpamakan seperti seseorang yang membersihkan pakaian dengan air najis atau kencing. Tentulah pakaian itu tidak akan bersih, kecuali dengan air yang suci, begitulah juga dosa itu tidak dapat dihapuskan kecuali dengan yang halal”.
Mereka yang diberkati sedekahnya akan mendapat penghormatan yang tinggi daripada Allah SWT dan malaikat sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya. Saidina Umar RA pernah berkata dalam doanya: “Ya Allah! Jadikanlah kelebihan rezeki itu pada orang-orang yang merupakan orang-orang pilihan antara kita, sebab barangkali mereka itu akan mengembalikan rezeki tadi kepada orang-orang yang berhajat di antara kita”. Hadith Rasulullah SAW:
Bermaksud: “Tidaklah seseorang muslim yang memberi pakaian kepada orang muslim yang lain, kecuali ia di dalam lindungan Allah SWT selama pakaian itu masih ada, sekalipun sehelai kain”. (Riwayat al-Tirmizi)
Mimbar ingin menegaskan bahawa keutamaan sedekah hendaklah diberikan kepada orang yang bertakwa, ahli ibadat, kalangan orang fakir atau miskin, kaum kerabat kita yang memerlukannya dan sebagainya. Menurut Nabi Muhammad SAW apabila kita memberi sedekah kepada kaum kerabat, kita akan memperolehi dua pahala iaitu pahala menghubungkan silaturrahim dan pahala sedekah itu sendiri.
Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh kita sebagai seorang muslim ialah berkenaan dengan zakat dan cukai. Mengeluarkan zakat dan membayar cukai merupakan satu tuntutan dalam agama kita kerana dengannya kita dapat membantu negara dan masyarakat. Ketahuilah bahawa tidak membayar zakat dan cukai adalah satu bentuk hutang yang mesti dijelaskan.
Sikap suka berhutang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan Kerajaan. Rakyat akan merana dan pendapatan negara akan lemah disebabkan golongan yang cuai membayar hutang. Bayangkan berapa banyak kerajaan kehilangan pendapatan akibat daripada budaya melengah-lengahkan bayaran cukai. Kesan buruknya banyak projek pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Sekiranya zakat dan cukai dijelaskan, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk menyedia pelbagai keperluan asas kepada seluruh rakyat dan negara.
Oleh itu marilah kita menyeru untuk sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengamalkan amalan yang mulia ini dengan membantu sesama kita. Dengan kita bersedekah, mengeluarkan zakat serta membayar cukai, mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 264:
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat ”.