Home » » Melembap, cantikkan kulit dengan EPO

Melembap, cantikkan kulit dengan EPO

"KULIT saya dari jenis yang kering. Ada yang mengatakan bahawa kulit yang kering lebih cepat kelihatan berkedut. Selain itu, menjelang usia 40-an, saya dapati keanjalan kulit juga semakin merosot. Apakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan kulit saya?"

JAWAPAN


Keseimbangan lembapan dan minyak sangat penting untuk kulit yang sihat dan cantik. Ia melindung dan mengelak kekeringan, di samping mengekalkan kelembutan, keanjalan dan keremajaan kulit.

Faktor-faktor penyebab kekeringan kulit termasuk:

* Pemakanan tidak seimbang dan kekurangan nutrisi

* Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan

* Perubahan hormon

* Faktor persekitaran seperti terlalu banyak pendedahan kepada matahari, angin dan penyaman udara

* Penggunaan sabun dan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang tinggi

* Kerap mandi dengan air panas

Kulit yang kering lebih mudah kelihatan berkedut dan garis-garis halus di sekitar muka. Selain itu, kulit juga kelihatan kusam dan tidak bermaya. Untuk memperoleh kulit yang sihat, penjagaan dari aspek luaran dan dalaman juga sama pentingnya. Selain mencuci dan penggunaan penyegar, penggunaan pelembap adalah satu kemestian. Bagi yang bekerja dalam pejabat, kulit mereka sering terdedah kepada penyaman udara yang juga boleh mengeringkan kulit. Dengan itu adalah penting menggunakan pelembap muka untuk mengelakkan kekeringan kulit.

Selain makanan, penjagaan dalaman juga turut merangkumi suplemen untuk kulit seperti minyak evening primrose (EPO). Banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minyak evening primrose yang berkualiti mengandungi asid gama linolenik asid (GLA) yang tinggi mampu memperbaiki kelembapan, sekali gus meningkatkan seri kulit.

Asid Gama Linolenik (GLA) yang didapati dalam minyak evening primrose merupakan asid lemak perlu yang penting untuk kulit. Pengambilan minyak evening primrose yang mengandungi GLA yang tinggi secara berterusan menguatkan fungsi kulit, meningkatkan keanjalan dan melicinkan kulit.



1 Komen:

Angin Selat Melaka said...

Hi...
Tak ada sesiapa ke kat sini nak share tentang kecantikan kulit?...Hmmm, kalau mcm tu, izinkanlah i menyemak dengan memberi sedikit panduan kepada mereka yg inginkan kulit cantik. Luangkan masa memahami dan mengkaji ertikata bicara yg terdapat di web page begini:

Kulit Cantik melalui ilmu tradisional

Semoga sukses selalu buat u, dan juga para pembaca sekalian yg singgah. Ok. Tq.

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom