Home » » Spirulina bekalkan nutrien semasa berdiet

Spirulina bekalkan nutrien semasa berdiet

Saya kerap mendengar tentang manfaat spirulina yang kaya dengan protein berbanding dengan tumbuhan yang lain dan ianya juga tiada kolesterol.

Adakah spirulina sesuai untuk saya yang ingin memulakan program mengurangkan berat badan? Kegemukan saya mungkin juga berpunca daripada pergantungan saya kepada makanan segera dan makanan proses serta masalah sembelit.

Jawapan:

Banyak mengambil makanan segera yang rata-rata mengandungi lemak, karbohidrat ringkas, garam dan perasa tambahan yang tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Amalan pemakanan yang tidak terkawal juga menyumbang kepada masalah penghadaman seperti sembelit.

Tambahan pula makanan seperti ini rendah dengan khasiat pemakanan. Pengabaian terhadap pengambilan buah-buahan dan sayuran juga memungkinkan kita mengalami kekurangan serat yang baik untuk mengekalkan pergerakan usus dan proses semula jadi penyingkiran toksin badan.

Faktor-faktor seperti yang disebutkan di atas menyebabkan ramai di kalangan kita mencari dan mengamalkan pengambilan suplemen untuk melengkapkan keperluan nutrien seharian.

Spirulina dikenali sebagai makanan lengkap semula jadi kerana ia mengandungi hampir semua nutrien utama yang diperlukan oleh badan manusia.

Spirulina kaya dengan protein yang senang dicerna dan protein ini adalah penting untuk membina otot-otot dan tisu badan.

Proteinnya yang tinggi menjadikan spirulina ideal untuk mereka yang sedang mengamalkan program diet kerana ia membantu membekalkan tenaga bagi melegakan kelesuan badan.

Dari segi vitamin dan mineralnya, spirulina mengandungi kumpulan vitamin B dan mineral termasuk zat besi, kalsium dan magnesium yang diperlukan dalam metabolisma tenaga, untuk aktiviti enzim-enzim badan, kesihatan saraf dan fungsi tubuh lain yang mungkin terjejas akibat pengambilan makanan yang lebih sedikit semasa berdiet.

Zat besi sangat penting untuk pembentukkan hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah. Ini boleh memastikan penghantaran oksigen ke sel-sel badan dan otot.

Spirulina juga kaya dengan sumber klorofil yang bersifat sebagai agen pembersih semula jadi yang boleh membantu melancarkan sistem perkumuhan.

Kompaun lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah karotenoid, bahan galian dan asid lemak perlu seperti asid gama linolenik (GLA).

Probiotik dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM juga boleh ditambah ke dalam diet seharian anda, di mana ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan dan sembelit ketika berdiet.



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Salam.. spirulina banyak jenis, boleh tak saya nak mintak pandangan spirulina jenama ape yang paling elok untuk di amal...

Tanpa Nama berkata...

Jenis dari produk Elken yang paling elok. Tapi mahal sikit.

Catat Ulasan

 
Chatroom