Home » » Kepentingan Sarapan

Kepentingan Sarapan

Sarapan adalah salah satu sumber makanan harian kita yang dianggap sebagai membantu memulakan hari anda sama seperti pemandu kereta lumba yang terlebih dahulu memanaskan enjin semasa berada di garisan permulaan.

Mungkin setengah daripada kita tidak memerlukan sarapan dengan alasan, jarang makan tengahari. Jadi tentunya tidak salah sekiranya tidak bersarapan.

Sebenarnya ada perkara yang anda tidak tahu, iaitu dengan bersarapan dapat membantu memastikan anda mengambil pemakanan khasiat harian anda dengan secukupnya.

Sehubungan itu sarapan merupakan makanan paling penting dalam hidup seorang manusia setiap hari dan tidak patut diabaikan.

Menurut Mary Easaw-John, penyelidikan mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan berkhasiat dapat memberi lebih tumpuan dan ini membantu mereka meningkatkan prestasi di sekolah.

Tetapi bagaimanakah anda menggalakkan kanak-kanak ini mengambil makanan berkhasiat pada seawal pagi?

Berdasarkan kajian dan pengalaman Easaw-John berkongsi beberapa petua penting untuk mengatasi masalah itu.

``Kunci utamanya adalah ibu bapa mesti kreatif dengan menjadikan waktu sarapan sebagai satu sesi yang menyeronokkan sehingga anak-anak tidak mahu ketinggalan untuk menikmatinya.'' katanya.

Menurut Easaw-John ibu bapa mempunyai peranan besar menentukan diet yang sempurna untuk anak-anak mereka.

``Pastikan anak-anak ini mengetahui betapa pentingnya mengambil sarapan dan beritahu mereka ia dapat membantu prestasi akademik mereka di sekolah.

``Lebih baik lagi, jika ibu bapa dapat menjadi contoh dengan bersama-sama bersarapan dengan anak-anak. Cara tersebut mampu menyemai tabiat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat,'' tambahnya.

Menurutnya bijrin mempunyai kandungan lemak yang rendah, tinggi kandungan vitamin mineral, karbon hiderat dan serat. Apabila dicampur dengan susu pengguna mendapat tambahan kandungan kalsium, iaitu mineral penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.

``Pengambilan sarapan bijirin ini merupakan salah satu cara terpantas dan pilihan terbaik ketika anda hendak cepat di waktu pagi,'' katanya.

Easaw-John merupakan salah seorang pakar pemakanan terkemuka juga menyentuh tentang kesuntukan masa untuk bersarapan.

``Memperuntukkan masa untuk sarapan pagi adalah satu kunci utama kepada kehidupan yang sihat. Jika anda mahu menjimatkan masa cuba sediakan meja makan pada waktu malam sebelumnya walaupun hanya untuk bersarapan bijirin dan jus,''tegasnya.

Untuk meningkatkan kesedapannya anda bolehlah menambah bijiran itu dengan pelbagai jenis buah dan kacang.'

Easaw-John juga menunjukkan betapa selesa dan mudahnya untuk menyediakan sarapan bijirin itu dengan menjemput para peserta untuk membantunya menyediakan beberapa jenis resipi sarapan yang berasaskan bijirin.

Campuran bijirin dan susu berperisa akan menghasilkan kalsium, riboflavin dan protein. Satu lagi resipi membabitkan campuran bijirin dengan yogurt, buah-buahan dan kacang yang membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai adunan rasa.

``Perbezaan dalam memakan bijirin ini juga dapat menghilang rasa jemu, dan sekali gus menyemai tabiat suka mengambil sarapan di jiwa kanak-kanak,'' nasihatnya.

Resipi-resipi kreatif yang disediakan oleh Easaw-John pada majlis tersebut kemudiannya diedarkan kepada para peserta bengkel agar apabila pulang nanti mereka dapat menyediakan bijirin seperti itu untuk dinikmati oleh anak-anak mereka ketika bersarapan di rumah.

``Keseimbangan kepelbagaian dan kesederhanaan merupakan cara-cara untuk menyediakan diet yang sihat,'' nasihat Easaw-John.

``Biarkan anak-anak anda memilih makanan yang pelbagai jenis dan gunakan kreativiti anda dalam menyediakan sarapan mereka.'' tambahnya.

Sarapan bijirin seperti bijirin Sarapan Nestle amat berkhasiat, senang disediakan dan satu pilihan sarapan yang lazat. Selain kandungan protein dan karbon hiderat ia juga mengandung 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium , fosforus (phosphorous) dan zat besi.

Semuanya merupakan sumber penting dalam pertumbuhan optima seseorang kanak-kanak. Kekurangan zat-zat tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi kanak-kanak dan menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan.



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kenapa sarapan mudah buat kita ngantuk , sakit perot dan malas

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom