Home » » Atasi masalah berat badan

Atasi masalah berat badan

Wanita memang tidak dapat lari daripada membincangkan topik berkisar kecantikan, fesyen dan penampilan diri. Walaupun kecantikan subjektif untuk dirungkaikan, golongan Hawa mendefinasikan cantik dalam erti kata mempunyai badan menarik, wajah yang licin, kulit gebu dan personaliti menarik.

Namun, di sebalik keghairahan untuk kelihatan cantik, ramai wanita tersilap percaturan dan ada yang sanggup bergadai nyawa dan menanggung derita apabila mencuba produk berbahaya, selain menggunakan kaedah perubatan moden yang mempunyai kesan sampingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Dr Che Rozmey Che Din, berkata ketaksuban untuk cantik dengan memiliki bentuk badan menarik dan kulit licin, menyebabkan ramai wanita terdorong mencuba pelbagai produk di pasaran walaupun tidak diluluskan Kementerian Kesihatan kerana aspek keselamatan menjadi perkara kedua.

Dr Che Rozmey, 40, yang juga Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Penyelidik Obesiti di Pusat Perubatan Jitra, Kedah berkata, sebagai pengamal perubatan beliau terpanggil membantu orang ramai yang berdepan masalah berat badan atau obesiti melampau untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman, tetapi dengan kaedah selamat, berkesan dan tidak membebankan.

Katanya, hasrat itu direalisasikan dengan mencipta satu formula perubatan ketika masih bertugas sebagai pensyarah perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2005 dan produk sulung keluarannya, Jus Mate 5 (JM5) mula dipasarkan pada 2007.

"Kelulusan saya dalam bidang Pharmatologist iaitu kajian mengenai ramuan dalam ubat dan kepakaran itu membolehkan saya melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mencari formula pelangsingan badan yang bebas daripada penggunaan bahan kimia dan dadah, selain selamat digunakan.

"Keluhan dan rungutan pesakit yang mengadu mengenai berat badan berlebihan selepas melahirkan anak, sekali gus menyuntik motivasi pada diri untuk mengasaskan produk pelangsingan berkesan selain selamat dan mampu dibeli.

"Malah, lebih mengejutkan ada pelanggan mengadu mereka berhabisan wang ribuan ringgit mencuba produk pelangsingan di pasaran, tetapi hasilnya mengecewakan," katanya.

Beliau berkata, testimoni pertama terhadap produk JM5 dilakukan terhadap seorang wanita yang berjaya menurunkan berat badan daripada 208 kilogram (kg) kepada 108 kg dalam tempoh enam bulan dan sekali gus menjadi titik permulaan bagi menyakinkan masyarakat keberkesanan produk pelangsing syarikatnya.

"Matlamat saya membantu mereka yang mengalami kadar obesiti melampau untuk mendapatkan bentuk badan bersesuaian kerana mereka mempunyai potensi 40 peratus lebih besar menghidap penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, lemah badan dan sukar bernafas, selain risiko kemandulan.

"Testimoni pertama itu membuka lembaran baru terhadap HPM dan produk JM5 mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan. Lebih membanggakan, saya dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan menerusi motto `Daripada Sakit Kepada Sihat dan Daripada Sihat Kepada Cantik'," katanya.

Kesungguhan membantu wanita kelihatan cantik dan anggun mendorang Dr Che Rozmey melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka pusat pelangsingan kecantikan dinamakan Rozmey Beauty Specialist Fitness Centre (RBSFC) di Jitra yang dijangka beroperasi Jun ini.

Beliau juga sedang mencipta formulasi produk penjagaan asas kulit muka yang dijangka dipasarkan serentak dengan pembukaan RBSFC.

"Saya suka kepada sesuatu yang cantik dan bangga jika dapat membantu memenuhi impian wanita mendapatkan bentuk badan menarik. Tidak salah jika kita mahu cantik asalkan ia tidak menjejaskan kesihatan.

"RBSFC turut menyediakan khidmat perunding dan pemakanan luar negara yang memberikan khidmat nasihat mengenai aspek penjagaan bentuk badan.

"Pusat kecantikan ini turut menyediakan bengkel kesihatan untuk mereka yang mempunyai masalah obesiti," katanya.

HPM yang diwujudkan sejak 2006 mempunyai 30 kakitangan dengan 20 daripadanya ditempatkan di bilik operasi, iaitu pusat panggilan untuk melayan pertanyaan dan memproses pesanan pelanggan menerusi talian dan mel elektronik.

"Kami menerima tidak kurang 2,000 panggilan sehari dan barang yang dipesan akan sampai kepada pelanggan dalam tempoh 48 jam. Ketika ini pengguna dan ahli HPM mencecah 20,000 orang dan 5,000 pengedar," katanya.



2 Komen:

PROTECUR-100 berkata...

Salam Aidilfitri...
Jingle sikit ye...

MASALAH DENGAN BENTUK BADAN TIDAK MENARIK, GEMUK, PERUT BUNCIT, KEJATUHAN BUAH DADA, STRESS DSB? MIKROSS PROGRAM ADALAH JAWAPANNYA...CHECK IT OUT

Beautisleep + neibac5 + protecur-100 = Rahsia terbaik menghilangkan lemak badan dan memberi kecantikan yang menyeluruh secara semulajadi...

http://beautisleepfatloss.blogspot.com
http://rosssafinahor.blogspot.com

MIKROSS ONLINE PROGRAM COMING SOON! FIRST IN MALAYSIA.
ONE OF OUR BEST PROGRAM IN MIKROSS - FAT FIGHTER.
www.nuorico.com

Tkasih

Tanpa Nama berkata...

Cuba Herbalife,kesan TERBUKTI....http://herbalifetrg.blogspot.com/

Catat Ulasan

 
Chatroom