Home » » Gaya hidup sihat jauhkan barah

Gaya hidup sihat jauhkan barah

Gaya hidup sihat antara usaha untuk membantu seseorang mencegah barah. Dipercayai dua pertiga daripada semua jenis barah boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Di samping itu, usah pandang ringan terhadap pengesanan awal barah kerana ia boleh menyelamatkan nyawa.

Untuk mengurangkan risiko menghidap barah, antara gaya hidup sihat yang disarankan termasuk:

# Usah merokok

# Aktif setiap hari

# Mengekalkan berat badan bersesuaian

# Nikmati lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin

# Pengambilan makanan yang rendah lemak, gula dan garam

# Kurangkan pengambilan alkohol

# Menyedari kesan sinaran matahari

Pusat Sumber dan Kesejahteraan Persatuan Kanser Malaysia yang boleh dikunjungi di tingkat satu persatuan berkenaan menyediakan khidmat sokongan dan maklumat untuk mereka yang baru dikenal pasti menghidap barah.

Ia turut memberi peluang kepada ahli keluarga, penjaga serta sesiapa saja yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai barah.

Antara program diatur pusat berkenaan termasuk:

Bengkel Perubahan Gaya Hidup

# Untuk wanita yang menerima rawatan barah yang diadakan setiap dua bulan.

# Program menyeronokkan untuk wanita yang baru dikenal pasti menghidap barah tetapi kehadiran bekas pesakit (mereka yang selesai rawatan) dialu-alukan.

# Diadakan secara santai dengan interaksi daripada sukarelawan dan peserta.

Program lain yang boleh diikuti oleh pesakit barah, ahli keluarga serta penjaga mereka termasuk qigong, urutan, senaman selepas mastektomi dan nasihat pemakanan.

Pusat sumber terletak di 66, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur ini boleh dihubungi di talian 03-26987300. Ia boleh dikunjungi pada Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom