Home » » SMS berantai khurafat

SMS berantai khurafat

Apa hukumnya apabila penyebaran surat berantai atau e-mel daripada saudara mara serta rakan yang meminta kita membantu orang dalam kesusahan. Surat itu turut mengandungi hadis bagi menyokong hasrat pengirim.

Za,
Klang, Selangor.

----------------

Penyebaran maklumat seperti memohon bantuan dan nasihat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan surat harus dalam Islam. Menyertakan terjemahan al-Quran dan hadis yang mempunyai riwayat sahih lebih baik bagi menguatkan hujah. Perkara itu antara cara dakwah zaman moden dan amat baik dilakukan untuk saling memperingati dalam pengamalan konsep din an-nasihah.

Bagaimanapun jika surat, e-mel atau SMS berantai yang mempunyai syarat atau amaran, ia haram dan dikira amalan khurafat. Justeru, anda perlu berhati-hati dalam menyaring maklumat dan mengabaikan surat, e-mel atau SMS berantai.

Bersama Jakim



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom