Jika berbicara mengenai buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah golongan masyarakat di negara ini.
Namun, buah tersebut sebenarnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia, China sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan.
Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.
Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.
Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.
Di Malaysia, sebuah syarikat tempatan, Health Builders telah menerajui industri penghasilan serta pemasaran produk-produk kesihatan berasaskan buah goji.
Menurut salah orang pengusaha, Zaini Basir, produk kesihatan keluaran syarikatnya itu telah mula dipasarkan sejak dua tahun lalu.
‘‘Sebenarnya, idea penghasilan produk goji ini telah diambil daripada penggunaan jus goji oleh penduduk di Amerika Syarikat
‘‘Kita mendapati jus tersebut memberi banyak khasiat kepada penggunanya. Jadi untuk mendapatkan ramuan yang terbaik, kita telah menghantar saintis ke China untuk menjalankan kajian dan mencari formula mengenai produk tersebut,’’ katanya.
Zaini berkata, selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren.
Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya.
Antara produk minuman kesihatan yang dihasilkan adalah seperti Goji Soya, Goji ekstra, Teh Goji, Kopi Goji dan Goji Guarana.
Khasiat yang ditawarkan oleh produk-produk tersebut sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.
Goji Soya sangat sesuai untuk meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, sementara Goji Guarana baik untuk meningkatkan tenaga dan stamina.
‘‘Buah guarana sangat terkenal dan digunakan secara meluas di Brazil sebagai makanan pemberi tenaga.
‘‘Jadi kita ambil kelebihan pada buah guarana ini untuk dicampurkan bersama buah goji bagi menambahkan lagi khasiatnya,’’ katanya.
Dari segi penggunaannya pula, pengguna dinasihatkan supaya mengambil minuman berkenaan ketika waktu rehat seperti sebelum tidur.
Ini kerana jika pengguna mengambilnya ketika waktu aktif, bahan pada buah goji tersebut sukar untuk bertindak balas.
Pengguna yang berminat untuk membeli atau menjadi pengedar produk tersebut boleh layari laman web www.goji.com atau hubungi talian 016-2371340.
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
11 Komen:
Assalaamu'alaikum
Saya pernah menggunakan produk goji 2 atau 3 tahun lepas. Saya ditimpa sakit kepala yang sangat teruk. Saya berhenti makan goji. Kemudian saya difahamkan goji soya tidak menyebabkan sakit kepala. Saya mencuba Goji More dan juga Goji Soya. Saya telah makan 1 paket Goji more yang dibahagikan kepada 2 kali makan (Ptg Jumaat dan Sabtu). Kemudian pada hari Ahad atau pagi Isnin, saya makan Goji Soya satu paket sekali makan. Kesannya, hari Ahad itu saya sudah terasa badan macam sakit2, namun hari isnin badan saya bertambah sakit berlarutan sehingga Selasa, Rabu dan Khamis. Khamis itu agak ringan dan malam Jumaat hanya bahagian punggung sahaja yang sakit. Pada sepanjang minggu itu saya makan panadol siang dan malam untuk mengurangkan rasa sakit badan. Saya pohon komen anda.
Terima kasih.
saya baru saja beli biji goji ni sbotol mlm td. blm mkn lg. Penjual tu btau kena pantang, jgn amal bsama madu atau soya.mkn ssudu kecil shja 3x shari.kalu kanak2 5 biji shari shaja. selepas mkn goji, minum sgelas air. harap sdara/i x sakit lg
Salam,
semasa ekspo di kota bharu 2010 lepas, saya telah membeli sebungkus biji goji kering (1kg)..alhamdulillah selepas memakannya saya rasa kesihatan mata saya semakin ok, semakin cerah dan saya rasa semakin sihat.
saya makan biji goji kering yg belum diproses. syukur, saya nak beli lagi.
Nasihat seorang pakar pemakanan dari China yang saya temui.Apa sahaja makanan yang kita makan dia berkait rapat dengan darah.Semua jenis makanan yang tidak mengandungi bahan kimia boleh di makan dan keberkesanannya hanya bergantung kepada kesesuaian jenis darah. Jika tidask berkesan tinggalkan saja dan cari makanan jenis lain.
bahaya bahaya
kita usaha..bila kita sakit macam2 kita iktiar..beli ubat..insyallah allah tu maha kaya..dia nak uji kita,,bila bertemu dgn ubat yg sesuai..insyallah sihat la kita dan sembuh..amin
Buah Goji ni atau lebih dikenali Wolfberry, sebenarnya datang dari pokok keluarga dlm bahasa saintifiknya Lycium..
Pokok Lycium ni dlm bahasa Inggeris dipanggil Boxthorn..
Pokok Boxthorn dlm bahasa Melayu kita panggil Pohon Yahudi @ dlm bahasa Arab, Gharqad.. Apa kisah pokok Gharqad ni? Sila rajin cari sendiri..
Satu product baru di pasaran berasas kan susu kambing plus GOJI + Collagen keluaran NURIS (NURIS GOAT MILK ) sngt sesuai dengan saya dan keluarga , mengamalkanya dpt menghilangkan sempuk2 anak saya , selain dapat menghilangkan rekahan2 di tapak kaki...saya mmg advise utk sesiapa yg ingin mencuba.
Saya seorang pesakit ITP plalet saya selalu rendah sejak thn 2008 hingga november tahun 2012 saya diperkenalkan oleh anak saudara saya dengan buah goji kering yg telah di pek 500gram dgn harga 79.90 utk 3 bulan setelah saya makan setiap pagi dan malam selama 1 bulan kesannya sangat ketara awal Disember 2012 saya membuat checkup plalet saya naik begitu tinggi dan doktor kata plalet saya telah normal kini saya tidak makan ubat hospital hanya amalkan memakan goji sahaja ...Alhamdulilah saya semakin sihat..terima kasih goji yg banyak khasiatnya..cubalah anda semua amalkan insaallah ..
goji adalah buah gharqad
elok mkn goji kering, kurang side effect
Catat Ulasan