Home » » Jangan campur aduk minuman ringan

Jangan campur aduk minuman ringan

Selain makanan yang dihidangkan hampir di setiap rumah, begitu juga dengan minuman ringan. Ketahui apa yang terkandung dalam makanan atau minuman tersebut.

Seperti, minuman beralkohol, bergas dan berbau masam dan lain-lain kerana ini sangat berpengaruh terhadap kesihatan tubuh badan.

Mengambil minuman ringan pada hari lebaran itu boleh tetapi sebelum meminumnya, sebaiknya kenali diri kita sendiri dahulu. Kalau selama ini tubuh kita tidak ada masalah dengan minuman ringan tersebut, ia boleh diminum pada batas-batas yang wajar.

‘‘Hendaknya, bila minum minuman ringan tidak dicampur-adukkan, ertinya tidak minum minuman ringan A lalu mengambil minuman ringan B. Ini kerana, ia boleh menyebabkan masalah pencernaan yang akan terganggu, begitu juga dengan makanan.

‘‘Bila sudah minum minuman ringan, cepat-cepatlah minum air putih untuk meneutralkan zat yang ada di dalam minuman tersebut,’’ kata Dr. Zulkarnain.

Bila minuman tertentu memiliki keasidan yang tinggi, bagi orang yang menderita penyakit-penyakit tertentu seperti gastrik, beliau menganjurkan untuk tidak terlalu banyak minum minuman ringan tersebut kerana ia dapat mencetuskan penyakit itu semula.

Bagi mereka yang memiliki sejarah penyakit batu karang, harus berhati-hati mengambil minuman ringan yang bergas agar penyakit tidak menjadi bertambah teruk. Minuman ringan tersebut biasanya banyak mengandungi karbonat dan kalsium.

Tambah Dr. Zulkarnain, selain minuman ringan, minuman tenaga yang dijual perlu diperhatikan komposisinya sebelum diminum. Jika hanya mengandungi vitamin-vitamin sahaja, ia tidak akan menimbulkan masalah bagi tubuh.

Tapi, bila minuman tersebut mengandungi kafein dan ginseng, ia sepatutnya dielakkan oleh mereka yang menderita penyakit jantung.

“Jus yang dibuat sendiri itu bagus bagi tubuh apalagi setelah puasa satu bulan. Begitu juga dengan sayur-sayuran,” jelasnya.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom