Tidak ramai yang mengetahui, susu kuda liar telah lama digunakan sebagai makanan kesihatan di kawasan luar bandar terutama di kepulauan Indonesia.
Bagaimanapun Norhayati A. Rahim mula mengenali susu kuda liar apabila diminta mencarinya oleh saudara yang menderita leukimia semasa melawat ke Indonesia.
Menyedari kelebihan susu kuda liar dari segi perubatan, Norhayati mula menjalankan kajian mengenainya menerusi bahan bacaan bercetak dan Internet.
Kini selepas 12 tahun membina rangkaian jualan susu kuda liar, Norhayati menjalankan penjenamaan semula produk susu kuda liarnya.
“Saya berhasrat membuka minda masyarakat bahawa susu kuda liar adalah makanan kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya.
Bermula pada 1996, Norhayati memulakan tugas-tugas mengumpul maklumat mengenai susu kuda liar memandangkan tidak banyak yang diketahui mengenainya terutama dari segi saintifik.
Setahun kemudian beliau menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kemudian kajian menjurus kepada enam jenis kanser yang dilakukan secara in-vitro yang memakan masa lima tahun.
Kajian dan penyelidikan hanya dijalankan terhadap susu kuda dan mendapati komposisinya hampir sama dengan susu ibu berbanding susu haiwan lain.
Ada beberapa keunikan yang terdapat pada susu kuda yang boleh dikaitkan untuk pemakanan manusia seperti kandungan Polyunsaturated Fatty Acids, kandungan kolestrol yang rendah serta keunikan lain yang terdapat pada unsur lemak, karbohidrat dan protein.
Neimans SKL adalah produk kesihatan terbaik berasaskan susu yang diperakui dan disokong oleh program penyelidikan yang berterusan.
Produk berkenaan dihasilkan daripada susu kuda baka liar yang mempunyai keunikan genetik kerana faktor persekitaran dan sumber pemakanan yang terpelihara bagi menghasilkan nilai perubatan (terapeutik) yang tersendiri berbanding dengan susu kuda biasa, lembu atau kambing.
Niemans SKL adalah produk susu kuda liar yang pertama terbukti di bawah pengawalan khusus dan komprehensif iaitu Program Pengawalan dan Kajian Saintifik Bioteknologi yang telah dijalankan oleh penyelidik dari UPM.
Kajian yang dijalankan menghasilkan keputusan bahawa mempunyai kandungan vitamin dan zat galian yang tinggi serta sifat anti kanser atau tumor.
SKL juga amat berkesan menangani dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan darah dan jangkitan atau serangan virus.
Di samping itu SKL juga dapat membantu tubuh badan berfungsi secara lebih berkesan dan sentiasa berada di tahap optimum.
Ia juga berupaya mencairkan serta melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian jantung dan berupaya memperbaiki sel darah, mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan sel baru dan meningkatkan fungsi hormon.
Lactobacillus Acidhophilus Bacteria (LAB) didapati secara semula jadi di dalam Niemans SKL dan tidak boleh dikultur seperti makanan tambahan berasaskan susu lain.
LAB amat perlu bagi mengawal bakteria yang memudaratkan di dalam tubuh terutama di bahagian usus.
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
solusi sehat pilihan tepat apapun sakitnya susu kuda liar sumbawa obatnya info lengkap www.susukudasumbawa.web.id
Catat Ulasan