Home » » Sufiah Yusof Wanita Genius Sudah Menyesal

Sufiah Yusof Wanita Genius Sudah Menyesal

“Tak mungkin saya kembali buat kerja itu,” demikian pengakuan wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 24, kepada Pengerusi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hamidi Abdul Rahman dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.

Hamidi berkata, bekas penuntut Universiti Oxford itu benar-benar menyesal dengan tindakannya terbabit dalam kancah pelacuran.

Katanya, Sufiah yang kini aktif menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu kanak-kanak malang di London masih mengadakan pertemuan dengan pihaknya dari semasa ke semasa untuk menjalani rawatan menggunakan kaedah Islam.

“Usaha merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam secara berperingkat-peringkat bermula sekitar enam bulan lalu dan masih berterusan hingga kini.

“Alhamdulillah, usaha merawatnya menunjukkan petanda sangat positif hingga membuka mata banyak pihak, sekali gus membuktikan wanita mengalami dugaan besar sepertinya masih boleh dibantu,” katanya ketika dihubungi di England, semalam.

Kisah kehidupan malang Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke flatnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangan ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.



4 Komen:

NUR IZZAH ADAWIYAH berkata...

alhamdulillah skiranya saudari sufiah tlh bnr2 insaf, sy tumpang gembira..kita ada Allah yang mengampunkan dosa walau besar mna dosa kita..yg penting kita bnr2 myesal, brtaubat serta bjanji tidak akan mgulangi lg pbuatan lama kita..

Aku Dan Kalam berkata...

Alhamdulillah. Sufiah sempat bertaubat.

Aku Dan Kalam berkata...

Alhamdulillah. Sufiah sempat bertaubat.

Unknown berkata...

syukur alhamdulillah...Allah maha penyayang

Catat Ulasan

 
Chatroom