Home » » Apa Itu Lebam?

Apa Itu Lebam?

Pepatah Cina ada mengatakan 'kanak-kanak tidak membesar kalau tidak terjatuh'. Jadi lebam di sana sini merupakan perkara biasa semasa proses pembesaran kanak-kanak.

Mereka mungkin terhantuk di kepala atau terjatuh semasa baru mahu belajar berjalan, malah bagi anak-anak yang aktif, lebam di kaki, lutut dan siku mungkin satu kebiasaan.

Apa itu lebam?

Secara umumnya, lebam ialah kecederaan pada tisu kulit yang mengakibatkan kapilari darah pecah dan mengalir di sekitar tisu yang tercedera. Oleh kerana tiada saluran keluar, darah akan terperangkap. Ini akan mengakibatkan bengkak atau kesan yang berwarna merah atau ungu terbentuk.

Kanak-kanak biasanya akan menangis dengan kuat untuk mendapat perhatian apabila terhantuk di kepala, menyebabkan sesetengah ibu bapa menjadi panik secara tiba-tiba.

Pada masa yang sama cuba merawat dan memujuk anak-anak ini. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan:

lTuam atau demah panasSemasa zaman kanak-kanak, nenek selalu menggunakan telur rebus panas atau nasi panas yang dibalut di dalam sapu tangan dan tuam pada lebam yang kononnya membantu pengaliran darah. Cuba bayangkan, sudahlah sakit lebam, terpaksa menahan panas pula. Amalan ini masih digunakan sehingga kini. Walaupun begitu, kaedah ini amat tidak digalakkan kerana darah akan mengalir lebih banyak dan menyebabkan lebam menjadi lebih besar.

lTuam atau demah sejukAnda mungkin boleh menggunakan apa sahaja di dalam peti sejuk untuk menuam lebam dan ia berkesan. Apabila bahan sejuk diletakkan pada bahagian lebam, darah yang mengalir berkurangan. Bengkak dan rasa sakit juga berkurangan.

lMinyak urutAda yang lebih gemar menggunakan minyak urut dengan menganggap ia akan melancarkan pengedaran darah dan menghilangkan kesakitan dengan cepat. Sebenarnya, amalan ini akan membuatkan kesan lebam lebih teruk.

Petua tentang lebam

Kebanyakan orang mengamalkan kaedah seperti dinyatakan. Apabila ditanya mengapa diurut, pelbagai jawapan diberi. Ada yang risau bila tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan pendarahan beku. Ada juga yang risau kerana mungkin beberapa tahun kemudian rasa sakit sengal-sengal.

Sementara itu, HOE Pharmaceutical Sdn. Bhd, baru-baru ini memperkenalkan A-Bruzzy. Produk ini mengandungi bahan anti-pembekuan darah yang membantu proses mengurangkan lebam secara normal. Rumusan gel daripada bahan aktif semula jadinya mempunyai fungsi anti-pembekuan darah dan anti-keradangan.

Ia memudahkan pengangkutan darah dan cecair yang terkumpul melalui tindakan penguraian ke atas kapilari darah subkutaneus sekali gus mengurangkan kesan lebam.

Jadi tidak perlulah lagi menuam atau demah pada saat kecemasan. Apa yang paling penting, pengguna tidak perlu mengurut kesan lebam yang menyakitkan pada anak-anak anda.



1 Komen:

Anonymous said...

laman ini sangat bagus!!!

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom