Home » » Rahsia Kurus Aizat

Rahsia Kurus Aizat

1. Apakah rutin kecergasan anda?

Saya pastikan sentiasa patuh rutin senaman di bawah tunjuk ajar jurulatih peribadi. Sebolehnya, saya bersenam setiap hari pada sebelah petang selama sejam atau dua jam. Dua jam sebelum bersenam, saya disyorkan makan.

Antara rutin senaman saya ialah berjalan cepat selama lima minit disusuli rutin berat seperti sit-up, tekan tubi dan menggunakan peralatan gimnasium.

2. Apakah anda mengamalkan diet atau merancang pemakanan?


Memang saya menjaga pemakanan bagi mengekalkan berat badan. Saya pastikan hanya mengambil makanan organik yang tidak mengandungi pengawet. Makanan organik ini berkhasiat tinggi kerana ia tidak diproses serta tidak mempunyai campuran bahan kimia. Jadi saya tidak perlulah terlalu diet hingga mengabaikan waktu makan.

Saya juga akan pastikan tidak terlalu berlapar dan menikmati makanan dalam kuantiti sederhana. Apa yang penting ialah kualiti makanan berbanding kuantiti. Kita perlu makan selepas bersenam kerana ia akan mengembalikan tenaga.

3. Adakah anda memiliki berat badan ideal?


Bolehlah dikatakan begitu. Ketika ini, berat saya 72 kilogram dan pernah turun 70 kilogram. Melihat berat badan sekarang, saya bangga kerana dulu berat badan saya mencecah 112 kilogram. Rasa terkilan pun ada kerana saya tidak berusaha lebih awal sebaliknya hanya mula mengurangkan berat badan sejak tahun lalu. Apapun, saya gembira dengan perubahan badan sekarang!

4. Anda fikir anda cergas?

Sudah tentu. Dengan rutin senaman yang teratur, saya dapat rasakan perubahan dalam diri terutama ketika mengadakan persembahan. Jadi tidak sia-sia saya berusaha keras kerana ia membantu dalam karier saya.

5. Mana satu pilihan anda - tidur atau bersenam?


Bersenam. Malah, kalau hendak diikutkan, senaman sudah menjadi rutin wajib jika saya tidak terikat dengan mana-mana persembahan. Setiap petang mulai jam 5 petang saya memulakan rejim senaman. Sesekali, jika ada waktu terluang, saya bermain futsal bersama teman-teman.



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

f**k r ,
aku tau ko nonceng sampai kurus ,
ahaha =D

Tanpa Nama berkata...

Mane tawu ney..hahaha

Catat Ulasan

 
Chatroom