Home » » » Petua Tumit Pecah

Petua Tumit Pecah

Petua Tumit Pecah

Tumitmu pecah? Argh….

Tumit kaki yang kering dan pecah boleh dirawat sendiri di rumah. Tidak perlu berbelanja lebih, kamu hanya perlu merawatnya dengan sapuan losen yang sesuai. Nak tahu caranya? Kami ada trik yang boleh kamu cuba.

1 Bersihkan kaki kamu dengan sabun, kemudian skrub kaki kamu dengan batu apung atau skrub tubuh. Lakukan selama 4-5 minit pada setiap kaki.

2 Bilas dan basuh kaki kamu dengan air suam.

3 Rendamkan kaki kamu di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan 2 sudu makan garam kristal dan 1 sudu makan madu.

4 Langkah selanjutnya, rendamkan kaki kamu di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan 10 titis perahan limau nipis dan segelas teh yang telah ditapis.

5 Keringkan dengan tuala lembut yang bersih.

6 Langkah terakhir, sapukan losen badan dan lakukan urutan ringan.

-------------------------------------

Atasi Tumit Pecah dengan Bawang Putih

Selain losen, kamu juga boleh atasi masalah tumit pecah dengan menggunakan bahan semula jadi seperti bawang putih. Bunyinya agak pelik, tetapi inilah hakikatnya. Nak tahu caranya? Ikuti beberapa tip di bawah. Sediakan tiga biji bawang putih yang telah dikupas.Kemudian mayang sehingga halus dan titiskan sedikit air agar teksturnya menjadi lebih lembut. Sapukan pada tumit kaki dan biarkan hirisan bawang putih terus melekat pada kaki. Pada keesokan harinya, bersihkan kaki kamu dengan air sejuk. Akhir sekali, sapukan tumit kamu dengan madu. Lakukan perawatan ini setiap hari, dan lihatlah hasilnya.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom