Ini adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes - hati berlemak. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.
Menurut Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Ryan Ponnudurai, hati berlemak turut dikenali sebagai FLD, hepatosis steatorea atau hepatitis steatosis.
Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.
Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).
"Secara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah. Kini, kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat," ujarnya.
Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.
Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes.
"Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.
"Hanya dengan melakukan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati dapat mengesan kehadiran lemak," tegasnya yang turut menjelaskan tiada satu kaedah rawatan bagi penyakit ini.
Menyerang wanita hamil
Tambahnya, progres steatohepatitis mampu menyebabkan fibrosis hati dan sirosis. Akibatnya, ia meningkatkan risiko kematian terhadap penghidapnya.
Selain itu, fibrosis atau sirosis di dalam hati dihadapi oleh antara 15 hingga 50 peratus pesakit hati berlemak tanpa alkohol steatohepatitis (NASH).
Ryan menegaskan, hanya dengan menjalani cara hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang teratur mampu mengelakkan penularan penyakit itu.
Ryan turut menjelaskan, penyakit hati berlemak itu juga merupakan punca kepada gagalnya pemindahan hati dilakukan.
"Sejak lima tahun lepas, kebanyakan pakar bedah mengalami masalah dalam melakukan pemindahan hati walaupun mempunyai ramai penderma.
"Sebabnya, apabila diperiksa keadaan hati penderma, ramai antara mereka tidak menyedari mempunyai hati berlemak," ungkapnya.
Ryan berkata, penyakit itu turut menyerang wanita hamil, terutama ketika kandungan berada di peringkat trisemester akhir.
Namun jelasnya, bagi wanita hamil, ia akan hilang selepas bersalin sama seperti mereka mengalami darah tinggi dan kencing manis ketika tempoh kehamilan.
Bukan itu saja, Ryan memberitahu bahawa penurunan berat badan secara mendadak turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak itu.
"Kerana risiko ini, mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar melakukannya secara berperingkat," tegasnya.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
6 Komen:
penyakit hepatitis memang berbahaya. kalau dah kena kanser sukar nak sembuh. elakkan penyakit hati berlemak (FETTY LEVER). tapi jika dah disuspek/disahkan menghidap cepat dapatkan ubat. Saya ada produk ubatan yang dapat membantu mengatasi masalah hati ni.Insyallah berkesan jika kita berusaha.
Kalau guna ubat Essentiale pun bole jugak utk kurangkan risiko hati berlemak...skrg dah jual kat Pharmacy.
pesakit yang mengidap penyakit hati berlemak boleh mendapatkan rawatan @ ubatan alternatif seperti TONIK HATI ALJABBAR.. perawatan dalam tempoh 3 bulan sahaja
TONIK HATI ALJABBAR
Sekiranya tlh dsahkn hati blemak.apakh tonik hati aljabar boleh menyembuhkn nya???.ada jaminan ke? Sy dpt thu harganya agak lumayan jugak..bleh tk pihak aljabar mberi sdiket ulasan.
boleh ambil medical checkup dan cuba pengambilan secara bulanan..kebanyakan testimoni makan mendapat feedback positif..
Tonik hati al Jabar ini adakah untuk semua penyakit yang berkaitan dengan hati?
Catat Ulasan