Home » » Sebab Punca Sembelit

Sebab Punca Sembelit

Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalamu sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

Sebab-sebab berlakunya sembelit:
* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.
* Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung-hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.
* Penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism).
* Ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium.
* Makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement).
* Irritable bowel syndrome/spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini jugak mengalami cirit birit)
* Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)
* Penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah).



2 Komen:

PSYHUSK said...

minum le psyllium husk ...pasti masaala sembelit akan hilang.

batrisya said...

upin
ipin
apin

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom