Home » » Kesilapan Ketika Bersenam

Kesilapan Ketika Bersenam

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA BERSENAM

Bersenam Keterlaluan
Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

Tidak memanaskan badan
Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat
Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat dan awal
Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

Langkah yang silap
Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.


Tidak minum secukupnya
Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.


Makan terlalu sedikit
Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pipihan yang baik



1 Komen:

Sauna Beauty berkata...

Siapa takde masa nak bersenam kita boleh guna alternatif lain iaitu bersauna..untuk kuruskan badan mesti ada cara..sape kata kita tak leh kurus dan sambil itu kesihatan terjaga?JOM BELI SAUNA!!Kami menjual pelbagai jenis set sauna dan alat2 lain untuk kekal langsing..untuk ketahui lebih lanjut sila layari laman web http://saunabeauty.com/

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom