Home » » Tubuh berisi, gebu kembali popular

Tubuh berisi, gebu kembali popular

Tinjauan terbaru mendapati potongan badan berisi dan gebu seperti aktres Kate Winslet atau Kelly Brook kembali popular di kalangan wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Winslet, 34, yang pernah memenangi anugerah Oscar, mengungguli tinjauan pendapat melibatkan 2,000 wanita berusia 18 tahun ke atas dengan mendapat 16 peratus undi.

Mengekori di belakang aktres berkenaan ialah Brook dengan undian 15 peratus manakala bekas gadis James Bond, Halle Berry yang memiliki tubuh menggiurkan berada di kedudukan ketiga.

"Keputusan tinjauan ini merupakan anjakan positif bahawa tubuh berisi seperti Winslet dan Brook kini menjadi pilihan wanita," kata Dr. Jacquie Lavin iaitu ketua bahagian nutrisi rangkaian pusat pelangsingan badan, Slimming World yang menganjurkan tinjauan tersebut.

Menurutnya, wanita kini tidak lagi menggemari susuk tubuh kurus kering seperti yang ditonjolkan beberapa selebriti terutamanya model Kate Moss dan Victoria Beckham.

Beckham dan Moss berkongsi tempat tercorot apabila masing-masing cuma memperoleh satu peratus undi.



"Wanita kini lebih menitik berat soal pemakanan berbanding obsesi memiliki susuk tubuh kurus seperti model," tambahnya. - Agensi



1 Komen:

Teena in Toronto said...

Happy blogoversary!

Happy new year!

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom