Home » » Melaka jadi lokasi The Biggest Loser Asia

Melaka jadi lokasi The Biggest Loser Asia

Selepas berjaya dalam penganjuran beberapa acara bertaraf dunia, Melaka sekali lagi menjadi tumpuan apabila dipilih sebagai lokasi penggambaran sebuah rancangan realiti kesihatan diminati ramai, The Biggest Loser Asia yang disiarkan menerusi saluran Astro Hallmark (saluran 702).

Rancangan terbitan syarikat Malaysia, Imagine OmniMedia itu akan disiarkan di 20 negara seluruh Asia dengan matlamat utama adalah untuk membantu golongan berobesiti tinggi menurunkan berat badan, sambil menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 (US$100,000)

Kawasan sekitar pusat peranginan A'Famosa Resort di Jalan Kemus, Alor Gajah, Melaka menjadi tumpuan 30 peserta seluruh Asia yang mempunyai tubuh bersaiz besar untuk menunjukkan kemampuan, menurunkan berat badan masing-masing hingga ke tahap paling minima.

Peserta paling banyak menurunkan berat badan akan memenangi hadiah yang ditawarkan itu.

Pengurus Besar A'Famosa Resort, Alan Chee, berkata pemilihan Melaka, khususnya pusat peranginan berkenaan sebagai lokasi utama rancangan itu adalah selari dengan kehendak Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang ingin menjadikan negeri terbabit sebagai lokasi pelancongan utama bertaraf dunia.

"Kita kini menyahut seruan pemimpin Melaka. Pemilihan A'Famosa Resort dalam rakaman rancangan The Biggest Loser Asia ini adalah bertepatan dengan status Melaka sebagai negeri pelancongan bertaraf antarabangsa dan tapak warisan dunia Unesco.

"Saya berharap akan banyak lagi syarikat dalam dan luar negara menjadikan kawasan ini sebagai lokasi aktiviti mereka yang sekali gus mampu mempopularkan lagi Melaka sebagai destinasi menarik untuk dilawati dan didiami," katanya selepas menghadiri pra-tonton rancangan The Biggest Loser Asia di A'Famosa Resort, baru-baru ini.

Rancangan 13 episod itu yang sudah bermula dan dihoskan oleh artis popular, Sarimah Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Imagine OmniMedia yang juga penerbit eksekutif The Biggest Loser Asia, Riaz Mehta serta dua jurulatih peserta, Kristy Curtis dan Dave Nuku.



1 Komen:

Firus Hussein berkata...

Happy that David Gurnani is the very first Biggest Loser Asia. He walked away with US$100,000 (RM350,­000) and a Renault car. Who will be next ?

Catat Ulasan

 
Chatroom