Home » » Sinopsis Zahira (Slot Samarinda TV3) lakonan Adi Putra

Sinopsis Zahira (Slot Samarinda TV3) lakonan Adi Putra

Sinopsis Zahira
Drama bersiri Zahira mengisahkan perjalanan hidup yang sukar dilalui oleh seorang gadis bernama Zahira. Dia hilang semangat hidup selepas ditinggalkan kekasih lamanya, Sufian akibat cinta melulunya. Zahira selalu gagal untuk mengecapi kebahagiaan dalam percintaan.

Namun, tidak ingin selalu dalam kedukaan, dia tekad mulakan lembaran baru untuk membantu meringankan beban ibu angkatnya. Zahira ingin membantu menyelesaikan segala hutang dan sewa rumah ibu angkatnya. Kehidupannya bersama keluarga angkat serba kekurangan.

Pelbagai kerja yang dilakukan Zahira untuk melunaskan hutang dan membantu perbelanjaan harian bersama ibu angkatnya.Lantaran itu, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk mengengam segulung ijazah.



Hingga suatu hari, Zahira telah mencuba nasib dengan memohon perkerjaan di sebuah syarikat. Dalam pada itu dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Iqbal. Iqbal adalah CEO di syarikat besar itu dan dia memiliki personaliti yang tegas dan berdisplin. Ramai para pekerja yang tidak menyukai perwatakan tegas Iqbal itu hingga ada yang berhenti bekerja dengannya.

Namun, adakah dengan kehadiran Zahira ini akan mengubah sikap dan perwatakan Iqbal? Adakah timbul bibit-bibit cinta di antara mereka? Saksikan Drama bersiri Zahira pada setiap Rabu dan Khamis di slot akasia saluran TV3 pada jam 10 malam.

Zahira menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Zara Zya, Adi Putra, Syed Iqbal, Ryzal Jaafar, Fazrin Rafi, Nur Qistina Raisah, Habiel Lutfillah Durrani , dan ramai lagi.



 
Chatroom