Home » » Lirik Ke Udara - Ruffedge

Lirik Ke Udara - Ruffedge

Lirik Lagu Ke Udara - Ruffedge

1st Verse:
Sepertimana semua tahu hidup ini hanya sementara,
Macam ragam hidup ini penuh pancaroba,
Namun kita semua jangan lupa bahwasanya dugaan itu hanyalah perkara biasa,
Setiap yg hidup pasti ada tujuannya, jawapannya, kita cari dari kecil hinggalah dewasa,
Ada yg dah jumpa dan ada yg masih ternganga2
Dan untuk kami Ruffedge, muzik digubah utk diri sendiri
dan setelah tercapai barulah kami hidangkan utk anda semua supaya ia lebih bermakna,

Chorus:
Semua kami rindukan,
Dari selatan hinggalah ke utara,
Tak sanggup kami lupakan,
Dari pantai barat hingga pantai timur,
Yg pasti kami hiburkan Semenanjung, Sarawak hinggalah ke Sabah
Semua ada di depan, mari sama angkatkan tangan ke udara,

2nd verse:
Dunia sudah moden,
Zaman dah berubah,
Apa saja boleh didapati,
Dari dalam rumah,

Jangan risau-risau bila rasa sunyi,
Boleh cari kawan mudah2 hanya hujung jari,
Perkenalkan diri bubuh fakta peribadi,
Bila ambil gambar ingat angkat kamera tinggi2,
Facebook, Myspace, Friendster dan banyak lagi,
Seronok boleh seronok tapi jangan sampai lupa diri,
Kalau ada barang yg kita nak jual,
Guna saja ebay kita boleh jual mahal2,
Credit card (ada..)
Debit card (ada..)
Senang cerita semua bayar guna paypal aje,
Malah kalau suka dengar lagu ini,
Layari telefon muat turun jangan difikir lagi,

Chorus

3rd Verse:
Terima kaseh kerana meluangkam masa,
Nyata itu emas sayang ramai yg tidak menjaga,
Kita berhibur sekadar mengisi waktu,
Jangan sampai leka jati diri haruslah didulu,
Dalam berhibur mari beringat bersama,
Tanggungjawab kita harus tanggung dan dijawab juga,
Akhir kata,
Kita hanya makhluk yg biasa,
Yang baik dari Tuhan yg salah maafi kami semua,

Outro



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom