Home » » Petua membuat bahan lulur wajah sendiri

Petua membuat bahan lulur wajah sendiri

Untuk kulit wajah yang kering, ambil isi daripada sebiji avokado yang masak. Lenyek isinya dan sapukan ke muka, biarkan selama 30 minit.

Untuk kulit normal pula, tambahkan putih telur yang dipukul terlebih dulu dan kacau bersama isi avokado. Selepas itu, basuh muka dengan air suam atau air mawar menggunakan kapas.

Avokado mengandungi vitamin A dan ejen antipenuaan yang memberi kesegaran serta membantu melicin dan melembapkan kulit.

Timun pula menjadi pilihan untuk membantu menyingkirkan jerawat.

Timun bukan saja dapat menyejukkan badan, tetapi ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan seperti masalah jerawat kerana timun kaya dengan sumber vitamin dan mineral.

Hanya campur parutan timun dengan kuning telur. Kacau sebati dan sapukan ke seluruh muka, biarkan antara 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Cara ini perlu sentiasa diamalkan supaya jerawat cepat kering. Untuk kulit muka yang kasar pula, ia boleh dirawat dengan timun.

Caranya juga mudah iaitu parut timun dan ambil air perahannya. Kemudian, gaul dengan tepung jagung dan sapu pada seluruh wajah setiap malam sebelum tidur. Keesokan pagi, cuci muka dengan air bersih.

Khasiat timun juga boleh membantu untuk mengatasi bau badan. Ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya.

Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Ia harus sentiasa diamalkan ketika mandi atau selepas mandi.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom