Home » Kempiskan perutmu

Kempiskan perutmu

Perut buncit akan menyebabkan rasa kurang yakin terhadap tubuh anda, namun jangan berasa kecewa kerana ia mungkin hanya kembung dan bukanlah disebabkan pengumpulan lemak.

Didapati kelembapan sistem pencernaan merupakan penyebab utama masalah ini yang akhirnya akan mengakibatkan sembelit yang kronik. Sembelit akan mengembangkan perut dan menyebabkan kekembungan.

Lazimnya, kebanyakan kita akan pasti mengalami masalah ini, lebih kurang 15 peratus menderita sembelit yang kronik dan dua pertiganya adalah wanita.

Seseorang itu dikatakan menderita sembelit yang kronik sekiranya mengalami simptomnya sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Simptom-simptom sembelit kronik adalah tinja keras, kesukaran membuang air besar dan membuang air besar kurang tiga kali seminggu.

Salah satu situasi yang menggalakkan sembelit adalah makan berlebihan. Tabiat makan yang buruk ini akan menyebabkan berlaku pembengkakkan dan mengakibatkan penyakit kronik seperti artritis, kencing manis, penyakit jantung dan juga kanser.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk Cell, isu 3hb Oktober 2009, didapati makan dengan berlebihan ada kaitan dengan berlakunya pembengkakkan, obesiti dan masalah otak.

Seperti kita ketahui, rakyat Malaysia sememangnya sukakan perayaan kerana setiap tahun kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, Diwali dan Tahun Baru Cina.

Semasa perayaan, kita secara sedar akan menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang enak dan istimewa seperti masakan kari, rendang daging, coklat, kek dan kuih muih.

Makanan ini sudah semestinya lazat tetapi ia kurang serat. Makanan seperti inilah yang akan membuat saluran pencernaan kita "mogok." Oleh itu, akibat daripada menjamu makanan semasa perayaan seperti ketidakcernaan, kembung dan pedih ulu hati dapat kita elakkan!!

Pengambilan makanan kaya protein seperti daging boleh menyebabkan angin pada saluran atas pencernaan. Dalam kebanyakan kes, punca utama adalah disebabkan amaun asid hidroklorik yang dirembeskan dalam jus gastrik oleh lapisan perut tidak mencukupi.

Pengambilan suplemen yang mengandungi bahan enzim dapat mengelak masalah yang menyebabkan sendawa atau "angin" ini dari berlarutan. Pengambilan herba secara individu atau dalam bentuk teh juga membantu melegakan masalah ini. Pengambilan spearmint, marsymelo, bunga kekwa, kulit limau, senna dan daun betik adalah antaranya.

Salah satu cara untuk mengelakkan ketidakselesaan apabila menikmati hidangan sempena perayaan ini adalah dengan meminum bancuhan teh herba sesudah menjamu selera.

Untuk membantu mengelakkan masalah pencernaan, adalah penting untuk mengunyah makanan dengan perlahan dan menyeluruh sebelum ditelan.

Selain daripada pengambilan serat, penting juga untuk minum air dengan kuantiti yang sepatutnya. Senaman, tidur yang cukup dan pengendalian stres yang betul membantu untuk mengawal tekanan dan rembesan jus pencernaan.

Teh herba istemewa yang berbaloi untuk dicuba adalah NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea, di mana ia mengandungi bahan efektif BioSlim Botanicals sebagai kandungan utamanya.

Diformulasi oleh pakar herba dengan memikirkan kesihatan dan kesejahteraan anda, BioSlim Botanicals adalah formula efektif yang merangkumi kandungan utama 10 herba premium, daun dan rempah, antaranya daun Senna, daun Stevia, kulit oren, akar likuoris, marsymelo, akar eleuthero, daun betik, bunga kekwa, bebuas Jepun dan daun pudina.

Cubalah secawan panas NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea sebagai minuman sampingan bersama makanan kegemaran anda dan lihatlah sendiri bagaimana ia membantu:

Antaranya ialah ia mampu membantu melegakan sembelit, melegakan masalah pencernaan membersih dan menyahtoksin badan anda , menyegar dan memberi tenaga ,menguatkan pertahanan badan, menjadikan kulit lebih cerah , dan membantu mengekalkan bentuk badan ideal.

Hanya dengan secawan NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea sehari anda akan memperoleh faedah kesihatan, kecantikan dan pelansingan.

Campuran berkhasiat ini membantu melindungi dan memastikan sistem pencernaan anda berfungsi dengan baik untuk mengembalikan keseimbangan pada badan.

Anda pasti dapat merasakan campuran botanik aktif dan rasa lemon pudina asli yang hebat dalam membantu anda kekal bertenaga, memberi tidur yang lena, menceriakan hari anda, memudahkan perut yang bermasalah dan memberi bantuan yang diperlukan dalam mencapai berat badan ideal setelah habisnya perayaan. Tidak hairanlah formula teh ini dipercayai di Amerika malah dinobatkan teh diet no.1 jualannya di Amerika Syarikat (mengikut sumber Data IRI 2007 (Information Resources Inc.)).

Maklumat lanjut hubungi 03-5569 4337



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

hmm...knape aku xleh nk kurus??

Tanpa Nama berkata...

tipu la

Catat Ulasan

 
Chatroom